suria

Tiara Jacquelina kembali berlakon selepas 17 tahun... cabar diri bawa watak kejam dalam Keluarga Baha Don

Tiara diberi peluang membawa watak jahat dalam drama Keluarga Baha Don musim ketiga.

SELEPAS 17 tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Tiara Jacquelina kini tampil dalam drama siri Keluarga Baha Don musim ketiga.

Pertama kali membintangi drama komedi, Tiara yang juga seorang penerbit berkata dia berasa teruja kerana diberi peluang untuk memegang watak jahat dan kejam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Jacquelina kongsi mesej terakhir Ashraf, tak dapat sertai PGL The Musical

"Ini kali pertama saya berlakon dalam genre 'dark comedy'... itu yang membuatkan saya teruja untuk mencuba sebab saya rasa komedi merupakan genre yang paling mencabar untuk seorang pelakon.

Tiara 2

Tiara seronok dapat watak jahat.

"Saya jarang sekali diberi peluang untuk berlakon watak jahat dan watak ini agak kejam serta ganas. Padahal saya ini seorang yang penakut... tak boleh tengok darah.

"Jadi ia sangat pelik untuk saya tapi saya tetap berusaha untuk kelihatan kejam sebaik yang mungkin. Bagi saya, tak ada lagi drama yang seronok macam Keluaga Baha Don," katanya kepada mStar.

Tiara berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual secara eksklusif bersama mStar yang diadakan secara maya pada Rabu.

Ikutkan saya sebenarnya tak ada banyak masa untuk berlakon.

TIARA JACQUELINA

PELAKON & PENERBIT

Drama arahan pengarah Syed Fariz Syed Khairuddin itu dibintangi oleh Remy Ishak, Susan Lankester, Jihan Muse, Mark Adam, Amy Mastura, Tony Eusoff, Namron dan ramai lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain Tiara, tiga pelakon turut membuat kemunculan dalam drama yang sudah memasuki musim ketiga iaitu Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Dalam pada itu, aktres terkenal ini mengakui dia memberi keutamaan kepada drama tersebut dan terpaksa memilih tawaran memandangkan dirinya tidak mempunyai masa untuk lakonan.

Tiara 1

Salah satu babak dalam drama Keluarga Baha Don musim ketiga.

"Saya rasa seronok dan bangga dapat sertai keluarga ini... ia satu pengalaman yang baharu untuk saya. Saya jadikan Keluarga Baha Don ini sebagai keutamaan.

"Ikutkan saya sebenarnya tak ada banyak masa untuk berlakon. Jadi saya terpaksa memilih setiap tawaran yang diberikan," ujarnya.

Episod pertama Keluarga Baha Don musim ketiga kini boleh ditonton di Viu, manakala dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu pada hari Khamis.

Penonton yang belum menonton Keluarga Baha Don boleh menonton Musim 1 dan 2 di Viu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain