suria

Fara Fauzana buat ‘comeback’ di Hot FM! Kendali segmen pagi bersama AG dan Fad Bocey

Fara Fauzana kembali jadi penyampai radio Hot FM.

SELEPAS 10 tahun mengundurkan diri daripada bidang penyiaran radio, pengacara Fara Fauzana pada Khamis mengumumkan kembali bertugas sebagai penyampai Hot FM.

Menurut Fara atau Farah Fauzana Mohd Fadzil, 41, dia berasa teruja dan gementar untuk kembali ke udara di stesen radio berkenaan.

“Kemasukan semula saya ke dalam jentera hadapan Hot FM adalah sejajar dengan selera pendengar yang lebih segar dan luas.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cinta untuk lelaki masih dalam proses mencari” - Fara Fauzana nafi dilamar dan bakal berkahwin

“Saya diberitahu, Hot FM akan tampil dengan wajah baharu dan akan membawa hala tuju yang lebih segar.

“Mungkin sebelum ini sasaran pendengar adalah lebih muda, tetapi dengan adanya hala tuju baharu ini, ia akan menyasarkan kepada pendengar yang lebih meluas dan kepelbagaian daripada segi penyampai juga,” ujarnya.

227256777_545438809937772_6413001580183086829_n

Fara Fauzana akan bergandingan dengan rakan penyampai AG Azmeer dan Fad Bocey.

Fara bakal menerajui segmen pagi bersama rakan penyampai AG Azmeer dan pelawak Fad Bocey setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

Dalam pada itu Fara berkata, keputusan untuk kembali ke dunia penyiaran adalah disebabkan cintanya tidak pernah hilang walaupun sudah meninggalkan bidang itu dalam tempoh yang lama.

Kata Fara, kemunculannya pada hari pertama iaitu pagi Khamis memberi semangat baharu selepas menerima pelbagai komen positif daripada pendengar.

“Minat dan cinta saya pada radio memang tak pernah hilang. Sebelum ini saya dipanggil untuk menyertai radio lain juga dan saya terima kerana masih ingin bersama dengan pencinta radio sebab saya rasa lebih rapat dengan mereka apabila ke udara.

Alhamdulillah, saya menerima banyak komen positif dan sokongan daripada semua pihak, termasuk pihak pengurusan

FARA FAUZANA

PENGACARA/PENYAMPAI RADIO

“Alhamdulillah, saya menerima banyak komen positif dan sokongan daripada semua pihak, termasuk pihak pengurusan, keluarga, rakan media dan tak lupa daripada pendengar Hot FM selepas ke udara pada hari pertama di Hot FM.

“Saya bersama AG dan Fad akan menjanjikan sesuatu yang lebih segar dan baru, istimewa buat pendengar-pendengar setia Hot FM,” ujarnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Fara pernah berkhidmat di Hot FM selama 10 tahun dan mengundurkan diri daripada stesen radio itu pada tahun 2016.

Kemasukan Fara sebagai penyampai radio di segmen pagi ini seiring dengan pengumuman daripada pihak pengurusan platform radio Media Prima pada 19 Julai lalu mengenai transformasi perniagaan yang membabitkan perubahan operasi dan isi kandungan.

fafau2

Fara Fauzana bersyukur ramai yang beri komen positif.

Sementara itu, pihak pengurusan Hot FM turut mengesahkan bahawa AG dan Fad akan kekal mengelola segmen pagi bersama Fara, selepas hampir seminggu diberikan cabaran untuk ke udara bersama.

Trio baharu di Hot FM ini adalah sebahagian daripada pengisian terbaharu yang akan ditampilkan bermula 2 Ogos nanti.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah