“Cinta untuk lelaki masih dalam proses mencari” - Fara Fauzana nafi dilamar dan bakal berkahwin

Fara masih belum bertemu pasangan untuk berkahwin.

PENGACARA Fara Fauzana menafikan ada menerima lamaran daripada mana-mana lelaki seperti komen yang ditulis seorang rakan baiknya di laman Instagram baru-baru ini.

Menurut Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 39, perkongsian rakannya itu sekadar ingin gurauan dan dianggap sebagai satu doa buatnya.

"Cinta saya sekarang hanya pada Allah SWT, manakala cinta buat seorang lelaki belum ditemui dan masih dalam proses mencari.

"Jadi, memang agak terkejut juga saya apabila ditanya mengenai lamaran ini. Ingatkan main-main dan sekadar bergurau sahaja.

Fara anggap rakannya sekadar ingin bergurau.

"Dia sekadar bergurau tulis saya sudah 'disunting'. Tapi tak apa, kerana pada saya itu adalah satu doa dan masih ramai yang mendoakan saya untuk bertemu jodoh," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan Amat Sukar, Fara Fauzana Batal Kahwin

Fara diminta mengulas mengenai perkongsian dibuat seorang teman baiknya di Instagram yang mengatakan bekas penyampai radio itu sudah dilamar seseorang jejaka.

Bagaimanapun, Fara berkata dia melihat semua soalan berkaitan jodoh dari sudut positif dan menyifatkan ia sebagai doa.

Fara berterima kasih kepada semua yang mendoakannya.

"Saya berpegang pada kata-kata itu adalah doa. Bagi saya, pertanyaan yang sama itu sebagai doa untuk saya bertemu jodoh.

"Malah saya yakin, sekiranya ada jodoh buat saya pasti masanya akan sampai juga. Terima kasih, terus doakan saya," ujarnya.

Sebelum ini, hasrat Fara untuk mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman pada 17 September 2016 tidak kesampaian apabila majlis perkahwinannya dibatalkan.

Kata Fara, keputusan membatalkan perkahwinannya itu dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsikan kepada umum.

Fara Fauzana

Artikel Berikut

Ibu Mawi meninggal dunia

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain