“Perpisahan untuk kebaikan diri masing-masing” - Sam Bunkface rahsiakan perceraian demi jaga perasaan keluarga - Hiburan | mStar

“Perpisahan untuk kebaikan diri masing-masing” - Sam Bunkface rahsiakan perceraian demi jaga perasaan keluarga

Sam menjelaskan sebab dia merahsiakan penceraiannya dengan Aida.

PENYANYI Sam Bunkface menjelaskan tindakannya merahsiakan perceraian dengan penerbit rancangan Aida Azira Hussin daripada pengetahuan umum bagi menjaga privasi dan perasaan keluarga.

Menurut Sam, keputusan berpisah itu dicapai atas persetujuan bersama dan hubungannya dengan bekas isteri berada dalam keadaan baik.

"Perkahwinan kami yang bertahan selama empat tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi artis cerai... Sam Bunkface dan Aida berpisah Januari lalu

"Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam dan juga demi menjaga perasaan kedua-dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida.

"Walaupun kini kami tidak lagi tinggal bersama, tetapi hubungan Sam dan bekas isteri masih lagi baik dan kami berhubung bagi urusan menjaga Maleeq," katanya menerusi Instagram pada malam Rabu.

Penjelasan Sam berhubung penceraiannya di Instagram.

Sebelum itu, Aida menerusi mendedahkan sudah bercerai dengan Sam pada Januari lalu.

Aida, 32, berkata keputusan untuk berpisah itu dibuat akibat tidak lagi sehaluan dan tiada persefahaman.

Dalam pada itu, Sam turut berterima kasih kepada peminat yang terus menyokong dan berada di sisinya ketika berdepan ujian berat tersebut.

“Sam ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami, terutamanya yang sentiasa menyokong karier kami di dalam industri ini.

“Doakan Sam untuk tabah meneruskan perjalanan dibumi Allah ini. Assalamualaikum,” ujarnya.

Aida dan Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31, berkahwin pada 25 April 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Sam Bunkface , Aida

Artikel Lain