suria

Lagi artis cerai... Sam Bunkface dan Aida berpisah Januari lalu

Sam dan Aida kini bukan lagi suami isteri.

MAHLIGAI rumah tangga yang dibina selama empat tahun musnah selepas penerbit rancangan Aida Azira Hussin mengesahkan sudah bercerai dengan penyanyi Sam Bunkface pada Januari lalu.

Aida, 32, menerusi Harian Metro berkata, keputusan untuk berpisah itu dibuat akibat tidak lagi sehaluan dan tiada persefahaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Sam (Bunkface) Sah Bergelar Suami Aida Azira

“Kami bercerai secara rasminya pada penghujung Januari lalu disebabkan sudah tidak sehaluan dan tidak ada persefahaman.

“Perceraian kami juga tiada kena-mengena dengan mana-mana pihak dan kami bercerai ikut persetujuan masing-masing. Saya dan Sam bagaimanapun masih berkawan baik dan tiada masalah berkomunikasi demi anak kami.

Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015.

"Keluarga saya dan keluarga Sam pun reda dan menerima seadanya keputusan itu,” katanya.

Aida berkata, penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul masalah dan kekeliruan jika ada yang menganggap mereka masih suami isteri.

“Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari. Saya tidak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama,” katanya.

Menerusi pemeriksaan mStar, Sam juga sudah memadam foto-foto bersama Aida di laman sosialnya.

Aida dan Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31, berkahwin pada 25 April 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Sam Bunkface

Artikel Lain