“Hadiah Hari Bapa paling bermakna buat saya” - Zed Zaidi sedar isteri hamil kembar selepas berlaku pendarahan

Zed bersyukur isteri dan anak kembarnya berada dalam keadaan selamat.

PELAKON Zed Zaidi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Natalia Mustafa selamat melahirkan bayi kembar perempuan masing-masing seberat 3.15 kilogram dan 2.7 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kota Damansara.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, 39, memberitahu isterinya melahirkan bayi kembar mereka menerusi pembedahan kira-kira pukul 1.33 tengah hari pada Selasa.

“Sejak isteri hamil anak pertama lagi kami pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar. Tapi tak sangka pula untuk kelahiran kedua ini kami dapat bayi kembar.

“Apatah lagi tiada keturunan kami pun yang pernah dapat anak kembar. Tetapi saya bersyukur isteri dan bayi semuanya selamat dan sihat,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Zed Zaidi Lahirkan Bayi Lelaki

Menurut Zed, dia dan isteri sebelum ini pernah bergurau untuk mendapatkan bayi kembar namun tidak menyangka rezeki itu menjadi kenyataan.

Zed berkongsi berita gembira pada Selasa.

Bercerita lanjut, pelakon filem Sembilu 2005 ini berkata, dia nyaris kehilangan salah seorang daripada bayi tersebut apabila isterinya mengalami pendarahan ketika hamil.

“Pada awalnya kami ke klinik dan buat imbasan, doktor tak beritahu ia kembar.

“Selepas itu kami ke hospital kerana isteri mengalami pendarahan dan doktor memaklumkan salah seorang daripada mereka mungkin tak dapat hidup.

“Ketika itu baharulah kami tahu sebenarnya ia kembar,” katanya.

Dalam pada itu, Zed berkata ramai rakan-rakan yang mula meminta petua untuk mendapatkan anak kembar.

“Ia anugerah terindah buat saya. Kehadiran dua puteri ini adalah hadiah hari bapa paling bermakna buat saya.

“Ramai yang tanya saya petua untuk dapatkan anak kembar. Selain rezeki daripada Allah, saya amalkan minum susu setiap hari,” katanya.

Zed dan Natalia mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak lelaki, Ryan Zikri yang kini berusia 7 tahun.

Zed Zaidi

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain