“Saya tiada akaun palsu untuk kutuk orang” - Sharifah Amani lantang bersuara kerana jadi diri sendiri - Hiburan | mStar

“Saya tiada akaun palsu untuk kutuk orang” - Sharifah Amani lantang bersuara kerana jadi diri sendiri

Sharifah Amani menafikan memiliki sebarang akaun media sosial palsu untuk mengeji individu lain.

PELAKON berbakat besar Sharifah Amani memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk mewujudkan akaun palsu semata-mata untuk menegur sesuatu perkara yang dianggap tidak betul.

Menurut Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 33, dia tidak akan melakukan tindakan tidak bermoral itu sebaliknya berani menggunakan akaun Sharifah Amani jika ingin berbuat demikian.

“Saya hanya jadi diri saya. Saya tak pernah jual benda lain, saya hanya jual Sharifah Amani.

“Saya tiada Instagram atau Twitter palsu untuk kutuk-kutuk orang. Kalau saya buat benda salah, nanti saya hanya akan memalukan ibu bapa saya.

“Dalam kehidupan, itulah kiblat saya iaitu kedua ibu bapa saya dan Allah. Menjadi orang lain hanya akan saya lakukan ketika bekerja iaitu dalam lakonan sahaja," katanya kepada mStar.


Amani beranggapan perkataan netizen adalah negatif.

Amani ditemui di majlis pelancaran Libresse "Fit Or Not" di The Joke Factory Publika pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekadar usikan Sharifah Amani pegang jawatan Finas

ARTIKEL BERKAITAN: "Hang picit-picit phone cari pasal tu aku tak faham" - Sharifah Amani tegur Dira

ARTIKEL BERKAITAN: "Kami bukan pembangkang, bebaskan seni Malaysia!"- Kata Amani

Dalam pada itu, pelakon ini turut memberitahu dia begitu sensitif dan tidak gemar dengan perkataan netizen.

Menurut Amani, dia menganggap perkataan netizen itu sebagai suatu komuniti yang negatif dan mampu membuat dirinya berasa tertekan.

“Saya tak suka perkataan netizen itu. Ia seolah-olah memberi mereka kuasa dan membuatkan mereka berasa mereka begitu penting.

“Tapi sebenarnya tidak ya sis... Tiada orang pun yang kisah kalau anda hidup atau tidak.

“Paling penting, selagi kita tak melayan mereka, sesuatu isu itu akan lebih cepat hilang," ujarnya.

Amani enggan mengambil sebarang kritikan atau kecaman terhadapnya.

Sementara itu, bercerita mengenai kelantangannya bersuara mengenai sesuatu isu, Amani berkata, ia bukan dibuat untuk meraih perhatian sebaliknya hanya menjadi diri sendiri.

Malah, Amani menjelaskan apa yang dilakukan selama ini adalah langkah untuk mendidik netizen supaya bersikap positif.

“Saya faham itu lumrah manusia. Lebih-lebih lagi bila dengar artis ni ada video itu, video ini...

“Apa yang ingin saya lakukan hanyalah berbakti kepada masyarakat. Ini adalah kerja saya dan Insyallah saya akan membawa suara untuk mereka yang tak mampu untuk bersuara.

“Sama ada anda suka atau tidak, ini diri saya. Apa yang anda fikir mengenai diri saya, itu bukan urusan saya," ujarnya.

Sebelum ini, Amani pernah mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mengkritik pelakon Dira Abu Zahar di laman Twitter berkaitan beberapa isu berkaitan seni dan politik.

Sharifah Amani , The Joke Factory

Artikel Lain