“Saya menangis, sebak jadinya dada” - Anak, cucu A Rahman Hassan mula rindu arwah, hati belum rela

Khir belum merelakan pemergian arwah bapanya, Datuk A Rahman Hassan. FOTO: Bernama

HAMPIR seminggu Allahyarham Datuk A Rahman Hassan meninggal dunia, anaknya pelakon Khir Rahman memberitahu dia masih dalam keadaan terkejut dan belum dapat menerima hakikat itu.

Lebih memeritkan apabila anak lelakinya Haqiqat Hamzah yang berusia sembilan tahun mengimbau kenangan manis sewaktu bersama arwah datuknya itu.

“Ampun semua izinkanlah saya post yang ini, abadikan di sini.

“Ianya mungkin mudah dan tak memberi impak apa-apa bagi sesetengah orang, tapi bagi saya besar sangat impaknya.

“Saya menangis dan menangis berulang kali membacanya. Ya menangis teruk.

"Sebak jadinya dada. Mungkin kerana saya belum izinkan hati ini melayan kepulangan arwah abah," katanya.

Khir ketika di majlis pengebumian arwah bapanya.

Khir berkongsi kedukaannya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: A Rahman Hassan meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: A Rahman Hassan kritikal hanya bergantung alat bantuan pernafasan

Terdahulu, anak lelaki Khir itu membuat posting bagi menyatakan perasaan selepas datuknya A Rahman menghembuskan nafas terakhir pada 13 Jun lalu.

"Aqiq ingat lagi... semasa kecil dahulu arwah tok bah pernah tunjuk cerita lawak dekat kami.

"Tapi sekarang bukan macam dulu. Sekarang dah tak sama.

"Arwah tok bah sudah tiada. Jadi semua tolong doakan arwah ya. Sedekahkan Al-Fatihah untuknya," tulisnya.

Antara catatan Khir di laman Instagram.

Dalam pada itu, Khir berkata, dia terpaksa menyembunyikan perasaan sedih di hadapan orang ramai.

Namun, catatan kerinduan anaknya itu membuatkan dirinya tidak mampu menahan air mata.

“Semua akan nampak saya tenang di mana-mana. Tapi saat membaca post anak saya baru sekejap ini, saya tak mampu bendung.

“Allahukakhbar... saya post di sini sebab saya yakin Haqi nak sampaikan pada ramai orang. Tapi pengikut dia tidak ramai... jadi saya post di sini buat tatapan ramai," katanya.

Terdahulu, seniman Datuk A Rahman Hassan meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.40 tengah malam Khamis akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat.

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain