suria

Bapa meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman, Lan Solo tak berani beritahu ibu sedang sakit - “Tak sangka ayah pergi mengejut”

Lan masih terkejut dengan pemergian arwah bapanya.

PENYANYI Lan Solo menerima khabar duka apabila bapanya iaitu Mohamed Yusof Isa meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman pada pukul 4 pagi, Khamis di Hospital Taiping.

Berkongsi mengenai berita sedih itu, isteri kepada Lan iaitu Nur Sheila Hassim memberitahu Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Lan Solo, Syura Badron tak mohon maaf... Siti Nordiana nekad saman demi bersihkan nama

Menurut Sheila, arwah berada dalam keadaan koma selepas dimasukkan ke wad akibat masalah buah pinggang yang sudah tidak lagi berfungsi.

Lan 1

Lan berkongsi berita sedih itu di Instagram.

"Arwah meninggal dunia pada 4 pagi, tadi di Hospital Taiping akibat kegagalan organ dalaman. Arwah dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu selepas keadaan kesihatannya merosot.

"Dia memang mempunyai beberapa penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. Sebelum ini, keadaan dia okay saja tapi sejak beberapa hari ini, abang ipar beritahu arwah macam lesu dan kurang selera makan.

"Apabila bawa ke hospital, keadaan dia semakin merosot dan koma. Doktor kata buah pinggangnya sudah tidak berfungsi," kata Sheila ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Semua orang dalam keadaan terkejut sekarang ini terutama mak.

SHEILA HASSIM

ISTERI LAN SOLO

Terdahulu, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof menerusi laman Instagram memaklumkan bahawa bapanya sudah menghembuskan nafas terakhir pada pagi, Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Sheila memberitahu jenazah arwah akan dibawa ke Kuala Lumpur dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 14, Puchong.

"Insya-Allah memandangkan semua anak-anak berada di Kuala Lumpur, jenazah akan dikebumikan di Batu 14, Puchong mungkin dalam sekitar selepas solat Asar," katanya.

Sementara itu, Sheila mengakui pemergian bapa mentuannya sangat mengejutkan memandangkan arwah sebelum ini dalam keadaan baik sahaja.

Lan 2

Ibu Lan mengalami masalah jantung.

Kata Sheila, ibu mentuannya yang kini sedang berdepan masalah jantung terpaksa berulang alik ke hospital Shah Alam sejak beberapa bulan lalu untuk mendapatkan rawatan.

"Pemergian arwah sangat mengejutkan... sebab nak ikutkan, mak yang tengah sakit dan menerima rawatan di hospital. Mak ada masalah jantung dan perlu ulang alik ke hospital Shah Alam sejak beberapa bulan ni.

"Jadi, memang tak sangka ayah pula yang meninggal dunia. Semua orang dalam keadaan terkejut sekarang ini terutama mak. Tadi pun, Lan tak sampai hati nak beritahu mak mengenai arwah ayah.

"Lan terpaksa menipu mengenai keadaan ayah biarpun doktor sudah mengesahkan arwah sudah tiada. Tapi tadi (pagi) barulah mak tahu yang ayah sudah tiada," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain