suria

[VIDEO] Warga emas tak kecil hati, ibu Carl Samsudin pun cerita situasi sebenar... Bunga Isme tetap bengang - “Ini bukan motivasi, ini penghinaan”

Bunga Isme geram tengok video influencer biadab dengan orang tua.

TINDAKAN usahawan dan influencer Carl Samsudin memohon maaf kepada rakyat Malaysia nampaknya tidak melembutkan hati penyanyi rap Bunga Isme yang turut mengecam sikap pemuda itu.

Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, berkata, dia masih terkesan biarpun mengetahui warga emas dalam video tular itu juga mengakui tidak berkecil hati dengan kejadian itu.

"Walaupun dia sudah minta maaf secara terbuka di Instagram, tetapi perkara ini tidak semudah itu untuk saya nak lupakan apatah lagi merasakan lega di hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Isme tak sangka ‘dapat’ Noraniza Idris dalam lagu ‘Intan Payung’ - “Saya memang bayangkan Kak Ani seperti ibu menasihati anak”

"Ini kerana perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh lebih-lebih lagi dia merupakan public figure, ramai jadikan dia idola.

"Janganlah sampai menjatuhkan maruah dan memalukan seseorang itu walaupun seseorang itu merupakan budak kecil ataupun orang tua," katanya kepada mStar.

Warga emas yang dikenali sebagai pak cik Hadi memberitahu dia tidak berkecil hati.

Tambah Bunga lagi, influencer itu sepatutnya menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menyantuni orang yang lebih berusia.

Katanya, warga emas lebih mudah untuk terasa hati dan tersinggung jika ditegur secara kasar.

"Ini bukan la motivasi, ini adalah satu penghinaan kerana ia melibatkan air muka dan maruah individu tersebut.

Janganlah sampai menjatuhkan maruah dan memalukan seseorang.

BUNGA ISME

PENYANYI

"Meskipun pakcik tu sudah pun mengaku tidak kecil hati dengan tindakan abang, tetapi haruslah kita sedar, kita yang lebih muda ini lebih berpengetahuan dan berpelajaran,” ujarnya.

Sejak Rabu, tular video seorang usahawan yang juga influencer media sosial meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Rata-rata netizen dan selebriti tempatan meluahkan rasa kesal dengan tindakan influencer tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, ibu influancer tersebut, Khatijah Abdullah turut memuat naik video penuh ketika program motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan Selasa lalu.

Ibu kepada Carl Samsudin dedahkan video penuh anaknya.

Menurut Khatijah, pihak yang menyebarkan sedutan video berkenaan mempunyai niat tertentu dan memberi gambaran negatif terhadap anaknya.

“Ini sedutan video anak saya. Sayangnya dipilih sedutan yang melihat perspektif negatif sahaja untuk diviralkan. Apa tujuan mereka? Hanya yang mahu memilih secara terbuka dan sihat sahaja mampu mencari jawapan,” tulisnya.

Khatijah turut memuat naik sedutan video temuramah media bersama warga emas yang dikenali sebagai Abdul Hadi.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, warga emas berkenaan berkata, dia tidak berkecil hati sama sekali dengan tindakan influancer berkenaan.

“Saya tak kecil hati, dia cuma cakap bukan Tuhan ubah nasib kita tapi kita sendiri yang kena ubah. Apa yang dia cakap itu betul,” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain