suria

Terima ribuan mesej mohon sumbangan, Zara Zya fokus beri bantuan susu dan lampin pakai buang

Zara baca semua mesej yang meminta bantuan di Instagram.

TERIMA ribuan mesej di Instagram, pelakon Zara Zya meminta inidividu yang memohon bantuan memberi maklumat peribadi secara lengkap bagi memudahkan proses pemberian sumbangan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin juga berkata, buat masa ini dia hanya mengutamakan bantuan dari segi keperluan untuk kanak-kanak iaitu susu dan kain lampin pakai buang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak bercinta dengan siapa itu dia punya fasal” - Zara Zya tak ambil tahu gosip Hafreez Adam dan Azar Azmi

"Saya terima beribu DM minta bantuan dan ya... saya baca setiap mesej yang dihantar tapi saya tak boleh nak balas sebab takut nak bercampur dengan DM lain-lain.

Saya minta sesiapa yang DM minta bantuan agar memberi maklumat yang lengkap dan straight foward sahaja.

ZARA ZYA

PELAKON

"Tapi saya minta sesiapa yang DM minta bantuan agar memberi maklumat yang lengkap dan straight foward sahaja. Tak payah nak tanya boleh atau tidak nak minta bantuan.

"Terus mesej saya, nama, alamat, nombor telefon dan jenama pampers serta susu yang diperlukan. Buat masa sekarang, saya hanya fokus beri dua barangan keperluan itu sahaja," kata Zara kepada mStar.

Sebelum ini, Zara pernah meluahkan rasa kesal apabila dituduh makan duit haram sedangkan dirinya berniat melakukan kebaikan menerusi kerja-kerja kebajikan.

Zara turut mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web bertujuan menyediakan platform untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu orang ramai juga berpeluang untuk memberi sumbangan dari segi kewangan menerusi laman web Malaysia Prihatin.

Zara 1

Zara akan teruskan misi bantuan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

"Ada yang DM hanya beri maklumat sikit saja... macam mana saya nak hantar barangan tersebut kalau tak lengkap. Tapi saya minta maaf sangat buat masa ini, itu sahaja peruntukan saya hanya susu dan diaper.

"Misi bantuan ini saya akan teruskan sepanjang pandemik mengikut kemampuan saya. Untuk menderma pun boleh juga di website yang disediakan iaitu Malaysia Prihatin.

"Pernah ada seorang pelajar ini mesej saya kata nak juga menyumbang tapi dia hanya ada RM1. Boleh... nak beri sumbang berapa pun boleh saja. Janji ikhlas," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain