suria

Anzalna kagum keberanian Afifah sertai Mic On Selebriti, Prof Dr Md Nasir pun datang beri sokongan

Anzalna beri pujian pada Afifah.

PELAKON Anazlna Nasir tidak melepaskan peluang menyokong penyertaan adik perempuannya iaitu Afifah Nasir yang bertanding menerusi program Mic On Selebriti di saluran Awesome TV pada setiap Sabtu.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 35, memuji nyanyian Afifah yang membawakan lagu popular daripada penyanyi Rossa berjudul Atas Nama Cinta.

Meski pun hanya menonton secara langsung di rumah, Anzalna sempat merakam persembahan Afifah dan bergurau dengan memberi pelbagai pujian terhadap aktres berkenaan.

anzalna2 - 1

Anzalna bangga dengan adiknya, Afifah.

"Dah la cantik, pandai berlakon, ketawa kuat, kelakar, boleh menyanyi, pinggang 22.

"Done puji melambung jangan lupa transfer duit lepas tu Insya Allah saya akan sokongan Afifah sentiasa. Haha!," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Rezeki Allah bagi perlu dikongsi bersama" - Anzalna Nasir bawa bapa tunggal beli barang keperluan bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir terima banyak ‘job’ komedi, kelakar sejak masuk Sepahtu Reunion... "Saya tak boleh tengok muka Jep"

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya.

Video yang berdurasi 1 minit 15 saat itu turut memaparkan kelibat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) iaitu Prof Dr Md Nasir Ibrahim yang juga merupakan bapa kepada aktres berkenaan.

Nasir dilihat hadir bersama isterinya bagi memberikan sokongan buat Afifah yang bertanding dalam program realiti tersebut.

Dalam pada itu, menerusi Instastory miliknya, Anzalna turut meluahkan rasa bangga dengan keberanian Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 30, menyertai program nyanyian.

Kata Anzalna, menang atau kalah bukan faktor utama kerana adiknya itu sudah membuatkan dia berasa bangga.

"Saya sangat bangga dengan awak Afifah. Saya pasti mama dan abah pun bangga dengan awak.

"Menang atau kalah tak kisah yang penting awak dah buat saya bangga. Cantik sangat adik saya malam ni," ujarnya.

anzalna1 - 1

Anzalna sentiasa menyokong keluarganya.

Untuk rekod, Mic On Selebriti menggabungkan elemen nyanyian dan komedi bagi merebut gelaran juara sekali gus bakal membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM250,000.

Selain Anzalna, Mic On Selebriti turut disertai beberapa selebriti terkenal termasuk Sherry Ibrahim, Mona Allen, Fauzi Nawawi, Zul Huzaimy dan ramai lagi.

Program yang dihoskan oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran ini bersiaran setiap hari Sabtu pada pukul 9 malam di saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain