suria

“Saya panaslah awak” - Payung diri sendiri bukan isteri dan anak, netizen kata Aliff Syukri tak romantik

Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian ramai.

GELAGAT usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang dilihat memayungkan diri sendiri tanpa menghiraukan isteri yang sedang mendukung bayi dalam cuaca panas mereka menjadi perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, mengiringi isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anaknya Luqman Al-Hakim masuk ke dalam rumah sambil diiringi alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ia bersempena dengan majlis kesyukuran dan aqiqah serta rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara pada Sabtu.

Aliff yang segak menggayakan persalinan baju Melayu sedondon rona biru gelap bersama isterinya berjalan sambil memegang payung yang melindungi dirinya daripada cahaya matahari.

aliff1 - 1

Aliff tenang menjawab persoalan netizen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen sempat bergurau mempersoalkan tindakan usahawan kosmetik tidak memayungkan isteri dan anak lelakinya.

"Bukan patut kena payung bayi ke. Bapa pentingkan diri sendiri ni. Haha!

ARTIKEL BERKAITAN: Bekerja ketika berpantang, Shahida tahu keupayaan badan sendiri - "Sama sahaja kalau selepas 40 hari makan macam-macam"

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri takut dengan kematian... sudah kurang bersosial, mula solat jemaah bersama keluarga

"Masalahnya payungkan siapa tu. Tak mengapalah semoga dipermudahkan urusan.

"Saya masih tertanya, payung untuk siapa sebenarnya ni. Tak sweet la Datuk ni," tulis netizen.

Aliff bagaimanapun dengan bersahaja menjawab pertanyaan netizen memberitahu bahawa dia berasa panas dan kerana itu terpaksa memayungkan diri sendiri.

aliff2 - 1

Tindakan Aliff sering mencuri perhatian ramai.

"Sebab saya panaslah awak," tulisnya.

Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Shahida pada Ogos 2007.

Selain Luqman yang dilahirkan pada April lalu, pasangan ini turut dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain