suria

Aliff Syukri takut dengan kematian… sudah kurang bersosial, mula solat jemaah bersama keluarga

Aliff mahu fokus melakukan kebaikan.

TIMBUL rasa takut dalam diri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dengan kematian selepas melihat ramai dalam kalangan rakan-rakannya meninggal dunia di usia muda.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, insaf dengan perkara itu, dia kini mengambil langkah untuk mendekatkan diri dengan agama selain mengamalkan kehidupan sihat.

"Jujur saya beritahu saya takut dengan kematian. Saya takut dengan penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan saya mahu mengamalkan kehidupan yang sihat.

aliff1 - 1

Aliff mahu lebih dekatkan diri kepada Allah.

"Saya nak kurangkan bersosial. Saya nak banyakkan makan makanan sihat. Banyakkan buat amal ibadah dan kebaikan supaya kalau saya mati nanti ada benda nak dikenang," katanya kepada mStar.

Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka AshaHanim yang diadakan di Glamhall, Damansara, pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kau dapat anugerah apa? Kecaman sahaja" - Aliff Syukri mohon maaf kepada Siti Nurhaliza, ‘pulang’ balik gelaran penyanyi nombor satu

ARTIKEL BERKAITAN: "Badan elok tak tunjuk rugilah" - Baju melekap serlah tubuh sasa Aliff Syukri, bukan sut menyelam tapi inspirasi Power Rangers

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sudah mula melakukan solat berjemaah bersama keluarga dan mahu memastikan anak-anaknya pandai untuk menguruskan perniagaan mereka.

Kata Aliff, dia mahu pergi menghadap Illahi dalam keadaan tenang dan bukannya ketika menerima kecaman ramai.

"Jujurnya saya kini sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan sekarang ini saya cuba untuk membaca al-Quran bagi mendekatkan diri dengan Allah.

Jujur saya beritahu saya takut dengan kematian. Saya mahu mengamalkan kehidupan yang sihat.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

"Saya nak pastikan anak-anak saya sudah mula pandai berbisnes kerana saya mahu tarik diri, saya nak relaks dekatkan diri dengan Allah.

"Sekarang ini dunia saya terlalu sibuk. Bila saya tengok kawan-kawan saya yang meninggal dunia awal, pelakon-pelakon yang telah menghadap Ilahi, saya tergerak untuk meninggal dalam keadaan yang tenang dan tidak mahu dikecam," ujarnya.

Usahawan kosmetik itu bagaimanapun sempat memberikan peringatan kepada masyarakat untuk terus melakukan kebaikan kerana tidak mahu diri terjeremus dalam kehidupan sosial.

Tambah Aliff, kekayaan yang dimiliki di dunia adalah sementara, sebaliknya dia kini lebih memikirkan tentang pengakhiran kehidupannya.

aliff2 - 1

Aliff baharu menyambut kelahiran cahaya mata keenam.

"Saya selalu berfikir bila rakan-rakan saya yang terlalu bersosial, saya bersyukur nasib baik hidup saya tidaklah terlalu berlebihan.

"Saya menyeru kepada semua buatlah kebaikan. Kalau tak mampu daripada segi wang ringgit, bantu orang daripada segi tenaga.

"Sebab nak jadi popular dan kaya ini seronok. Saya percaya satu benda, kaya adalah satu dugaan dan miskin juga satu ujian," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain