suria

“It's a boy” - Yonnyboii bakal timang anak lelaki, isteri dijangka bersalin Julai ini

Yonnyboii bakal timang bayi lelaki.

SELEPAS mengumumkan bakal bergelar bapa, penyanyi Yonnyboii memaklumkan dia dan isteri Nik Nazira Narriman memaklumkan akan menimang cahaya mata lelaki.

Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, mendedahkan perkara itu menerusi majlis pengumuman jantina atau gender reveal yang diadakan pada Sabtu.

Katanya lagi, isterinya bakal melahirkan cahaya mata pertama mereka sekitar Julai ini.

"Berita baik, it's a boy. My lil Yonnyboii," katanya.

yonny - 1

Yonny teruja menantikan cahaya mata pertama.

Yonnyboii turut berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan Nazira sedang duduk di atas sofa sementara dia membuat pengiraan untuk memecahkan belon bagi mengumumkan jantina bayi mereka.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan berkenaan.

Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan yang dibuat tidak dijawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Yonnyboii hamil 5 bulan, berat badan turun 10 kg kerana alahan teruk

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii teruja bakal timang anak sulung... tiada masalah berjaga malam, sudah biasa tidur lewat main 'game'

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Nazira berkata dia dan Yonnyboii teruja dan dalam masa sama gementar menunggu kelahiran cahaya mata pertama.

"Memanglah kami gementar sebab anak pertama. Kami pun tak tahu apa yang akan berlaku nanti.

"Tapi sudah tentu sangat teruja nak menyambut anak kami nanti," katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain