suria

Disuruh berhenti menyanyi… Meer Nash terkejut, terkilan nama diumum tersingkir Big Stage

Meer Nash terima baik semua komen netizen.

ENGGAN menjejaskan emosi semasa membuat persembahan, penyanyi Meer Nash memberitahu dia tidak membaca komen netizen di media sosial sepanjang empat minggu bertanding di pentas Big Stage 2023.

Bagaimanapun selepas tersingkir pada malam Ahad, Meer Nash atau nama sebenarnya Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 27, berkata dia mula menyemak ruangan komen untuk mengetahui maklum balas penonton.

"Sebenarnya pagi ini (Isnin) baru saya membaca komen-komen di sosial media. Ada satu komen dengan huruf besar minta saya berhenti jadi penyanyi kerana tiada bakat.

meer nash 2

Meer Nash akur namanya tersingkir di minggu keempat BS2023.

"Saya tidak mahu ambil pusing dengan komen tersebut kerana tahu apa yang ingin dilakukan. Saya akan buktikan apa yang dikatakan itu tidak benar.

"Sebelum ini saya memang tidak membaca komen-komen di sosial media kerana bimbang boleh mengganggu fokus ketika sedang bertanding," katanya ketika dihubungi mStar.

Meer Nash yang menyampaikan lagu berjudul Rapuh yang dipopularkan oleh Nastia hanya memperoleh markah sebanyak 45.33 peratus dan berada di kedudukan tiga terbawah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara minuman tenaga, Meer Nash diserang panik sebelum naik pentas ‘Big Stage’... “Suara tak keluar dan menggeletar”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza setuju dengan Syafinaz... Nadeera ada suara hebat tapi sayang kurang sokongan

Menerima baik keputusan tersebut, Meer Nash juga meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan perjuangan selepas tiga minggu berada di kedudukan terbawah.

"Kalau dibandingkan dengan minggu-minggu sebelum ini, saya agak yakin untuk persembahan pada malam Ahad. Jadi agak terkejut apabila nama saya diumumkan tersingkir.

"Ada sedikit rasa terkilan dan saya hormati keputusan juri. Saya percaya ada rezeki lebih baik nanti," ujarnya.

Antara perkara yang saya belajar adalah tentang konsep persembahan. Sebagai seorang artis, perlu ada konsep yang sesuai setiap kali tampil menyanyi di atas pentas

MEER NASH

PENYANYI

Bercakap tentang penglibatan dalam program BS2023, kata Meer Nash ia telah membuka matanya untuk lebih mengenali hala tuju dalam pemilihan genre muzik.

Malah dia banyak mempelajari teknik persembahan yang terbaik untuk menghiburkan peminat.

meer nash 3

Meer Nash mahu terus buktikan kemampuan dalam muzik.

"Antara perkara yang saya belajar adalah tentang konsep persembahan. Sebagai seorang artis, perlu ada konsep yang sesuai setiap kali tampil menyanyi di atas pentas.

"BS2023 juga mengajar saya untuk membuat pilihan tentang hala tuju dalam muzik. Sebelum ini saya pernah tampil dengan lagu rancak, namun selepas ini mungkin lebih fokus kepada balada," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain