suria

Harga capai impian mahal sampai pernah menyanyi di jalanan ketika usia 13 tahun... Ini 5 fakta menarik mengenai Dinda Dania

Dinda mula menyanyi seawal umur 4 tahun sebelum sertai pelbagai pertandingan.

SETAHUN selepas menyandang gelaran juara program Ceria Popstar Xtra 2022, impian Dinda Dania untuk mencul dengan single pertamanya akhirnya terlaksana.

Dinda atau Dania Zafirah Sulaiman, 18, berkata, lagu Lari-Lari disifatkan sebagai cukup istimewa kerana ia adalah bukti usahanya selama ini akhirnya terbayar sehingga berjaya bergelar artis rakaman.

"Pengorbanan saya dalam bidang seni ternyata bukan sia-sia apabila kini bergelar penyanyi dan tampil dengan lagu sendiri... ibarat mimpi menjadi kenyataan!

"Saya rasa sangat terharu dengan peluang diberikan dan besar harapan saya agar lagu ini mendapat tempat dihati pendengar," katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Snapinsta.app_344892027_895458271751488_7978957020917800030_n_1024

Dinda minta menyanyi sejak kecil.

Bercerita mengenai latar belakangnya, Dinda mendedahkan dia pernah mencari rezeki dengan membuat persembahan busking ketika usianya 13 tahun di sekitar ibu kota.

Kata Dinda, berkat pengalaman menyanyi di jalanan bakatnya diasah selain memberanikan diri menyertai beberapa pertandingan besar termasuk Bintang Kecil RTM 2016, Ceria Online Star 2020 dan Cerita Popstar 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Meer Nash seronok dapat bekerja dengan ibu sendiri, ada cerita sampai menangis dalam studio

ARTIKEL BERKAITAN: Tiket konsert D'Masiv licin, Nabila Huda tambah hari kedua... paling best Giring jadi penyanyi jemputan

"Sebenarnya saya mula menyanyi seawal usia empat tahun, kemudian pada umur 10 tahun saya banyak sertai pertandingan nyanyian bagi mengasah bakat dan meningkatkan keyakinan diri.

"Alhamdulillah penyertaan terakhir di Ceria Popstar Xtra 2022 membuahkan hasil apabila bergelar juara sebelum dilamar syarikat Rocketfuel Entertainment sebagai artis rakaman," katanya.

Berkongsi mengenai Lari-Lari, Dinda berkata, dia menyerahkan seratus peratus kepada syarikat rakaman bagi menentukan single pertamanya kerana mereka lebih berpengalaman tentang lagu yang sesuai dengannya.

Snapinsta.app_329078078_1677824939300434_3686880240240599501_n_1080

Dinda harap lagu Lari-Lari dapat diterima baik.

Kata Dinda, lagu berkenaan berkisarkan tentang seorang wanita yang mengejar cinta seorang lelaki namun dibayangi rasa cemburu dan perasaan yang tidak kesampaian.

Lagu berkenaan adalah ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves.

Berikut adalah lima fakta menarik tentang Dinda Dania.

1. Dinda merupakan juara program realiti Ceria Popstar Xtra 2022

2. Pada usia 10 tahun, Dinda pernah menyertai pertandingan Bintang Kecil RTM, Ceria Online Star 2020 dan Ceria Popstar 2021.

3. Penyanyi remaja ini pernah mencari rezeki dengan membuat persembahan busking di sekitar Lembah Klang pada usia 13 tahun

4. Bakat nyanyiannya mula terserlah sejak usia 4 tahun.

5. Kini merupakan artis rakaman syarikat Rocketfuel Entertainment.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain