suria

Reen Rahim naik angin dituduh sombong tak layan peminat, pergi tandas pun salah… “Kau ingat artis ni hamba abdi ke?”

Reen anggap tuduhan yang dilemparkan keterlaluan.

PELAKON Reen Rahim meluahkan rasa bengang selepas dituduh sombong kerana tidak melayan peminat ketika terlibat dalam sebuah acara jualan, baru-baru ini.

Kata Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, salah faham itu timbul disebabkan dia tiada di gerai jualan atau booth miliknya kerana pergi ke tandas untuk membuang air kecil.

"Aku jadi 'panas' sebab baru-baru ini ada viral artis dituduh sombong. Aku pantang betul kena sergah macam ini.

reen rahim 2

Reen bengang dengan sikap peminat yang suka menuduh.

"Mungkin artis lain kena macam-macam, salah atau tidak mereka kena jaga nama dan minta maaf. Dengan aku kau silap!

"Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut. Kau ingat artis ni hamba abdi?" katanya.

Reen menulis luahan hatinya itu menerusi di laman Instagram pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim penat layan suami suka gurau, malas ‘fake’ di media sosial... “Tak ada cover-cover”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Reen Rahim kesal akaun TikTok ‘hilang’ gara-gara gurauan tak pernah bangun sahur... “Fikir saya tiada mak ayah ke?”

Insiden itu dipercayai terjadi selepas dia terlibat dalam satu acara yang berlangsung di Melaka pada Ahad.

Dalam tangkap layar yang dimuat naik, Reen berkongsi komen kecewa seorang peminat yang tidak berkesempatan untuk mengambil foto bersama.

Disebabkan Reen tiada di booth dalam tempoh yang agak lama, dia dituduh sombong dan mengelak untuk melayan peminat.

reen rahim 3

Reen rehat sebentar bukannya sombong dengan peminat.

Menceritakan situasi sebenar, Reen memberitahu dia masih berada di lokasi acara berkenaan sehingga lewat malam namun mengambil masa rehat untuk makan di dalam kenderaan.

"Aku pergi tandas dan kemudian intai booth tiada pun orang yang tunggu. Jadi aku masuk kereta makan sekejap," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain