suria

Sertai Big Stage sebab nak popular, Nadeera harap pertandingan terakhir selepas 6 kali cuba nasib

Nadeera akui namanya kurang dikenali.

PENYANYI Nadeera akui penyertaannya dalam program Big Stage musim kelima (BS5) yang bakal memulakan siaran pada 7 Mei ini adalah untuk mencari populariti.

Kata Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, pentas BS5 juga diharapkan dapat menaikkan namanya yang kurang dikenali meskipun sudah menghasilkan 10 buah lagu sebelum ini.

“Saya perlukan populariti dan saya memang sertai program ini untuk dikenali. Kalau nama saya orang dah kenal senang jika mahu tampil dengan lagu baru nanti. Mungkin job pun lebih banyak.

nadeera 2

Nadeera harap BS5 dapat melonjakkan namanya.

“Sebelum ini saya sudah ada 10 buah lagu, namun susah nak letakkan nama saya sebagai seorang yang dikenali. Ramai yang masih bertanya siapa Nadeera,” katanya kepada mStar.

Tambah bekas peserta Mentor Legend ini, dorongan keluarga dan teman rapat juga membuatkan dia sentiasa bersemangat untuk menyertai program sebegini.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul juara LCK2, Nadeera dan Khareez dalam proses kenal hati budi - “Strugle 8 minggu cari keserasian”

ARTIKEL BERKAITAN: Naufal Azrin mengaku sedang bercinta, kekasih cemburu jika rapat dengan peminat... “Saya tak sorok kalau orang nampak”

Bagaimanapun kata Nadeera, dia meletakkan sasaran BS5 adalah program realiti yang terakhir buatnya.

“Ini adalah program yang keenam saya sertai. Pernah juga rasa hampa dalam diri namun atas dorongan keluarga dan kawan-kawan rapat saya jadi semangat untuk sertai BS5.

“Saya letakkan sasaran ini adalah program yang terakhir untuk saya sertai. Selepas ini saya serahkan semuanya kepada rezeki. Saya dah tak mahu sertai program pertandingan macam ini lagi,” ujarnya.

Pernah juga rasa hampa dalam diri namun atas dorongan keluarga dan kawan-kawan rapat saya jadi semangat untuk sertai BS5.

NADEERA

PENYANYI

Bercakap tentang populariti dan dunia artis, Nadeera sedar ada ketika kontroversi juga memainkan peranan untuk dikenali.

Bagaimanapun dia tidak mahu menjadi itu sebagai cara mudah menempa nama dalam industri seni.

Memiliki kekuatan vokal tersendiri, Nadeera juga dijangka bakal memberi saingan sengit buat semua peserta BS5 kali ini.

nadeera 1

Barisan peserta BS5.

“Saya akui kontroversi itu juga membantu. Mungkin disebabkan nama saya terlalu bersih jadi orang kurang kenal. Semoga lepas ini nama saya akan jadi sebutan.

“Dalam BS5 ini saya tidak mahu terlalu selesa. Kalau orang cakap saya adalah calon finalis, itu juga satu cabaran dan tekanan.

“Kita tidak tahu lagi kemampuan peserta lain kerana mereka belum tunjuk taring sebenar,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain