suria

“Jumpa boyfriend”… Peminat ‘makan hati’, cemburu tengok Scha Alyahya berfoto dengan Wi Ha Joon

Peminat cemburu lihat Scha bertemu Wi Ha Joon.

PELAKON Scha Alyahya sekali lagi membuatkan peminat 'makan hati' apabila kali ini dia berpeluang bertemu dengan aktor popular dari Korea, Wi Ha Joon.

Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 40, memuat naik foto bersama pelakon drama Bad and Crazy itu di Instagram miliknya ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen pra-musim luruh jenama Louis Vuitton yang diadakan di Seoul, Korea Selatan.

scha1 - 1

Scha bergambar bersama Ha Joon dan isteri Will Smith (kanan).

Menerusi Instastory, Scha menulis kapsyen 'Jumpa boyfriend' di ruangan foto bersama Wi Ha Joon.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat cemburu melihat aktres drama Awan Dania itu berpeluang bergambar bersama idola mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'makan hati' tengok Awal Ashaari, Scha Alyahya jumpa Lee Min Ho... Duduk sebaris siap berborak lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun ibu jalani dialisis buat Scha Alyahya cerewet bab makan suplemen

"Kak Scha jumpa Wi Ha Joon pula, cemburu.

"Gambar kedua tu buat jantung saya luluh.

"Okay gambar nombor dua tu cemburu ya my Wiwi (panggilan Ha Joon)," komen netizen.

Selain Ha Joon, Scha juga turut memuat naik foto bersama pelakon popular termasuk Raline Shah dan isteri kepada aktor Will Smith iaitu Jada Pinkett Smith.

Pada September tahun lalu, Scha dan suami iaitu Awal Ashaari menarik perhatian peminat apabila dapat bertemu dengan pelakon kacak Lee Min Ho ketika menghadiri Minggu Fesyen Milan (MFW) 2022 di Milan, Itali.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah Awal dan Scha dilihat duduk sebaris dengan Min Ho dan sempat berbual dengan aktor terkenal itu.

scha2 - 1

Scha antara selebriti yang diundang oleh jenama mewah Louis Vuitton.

"Hello brother, hi, awak akan berkunjung ke Kuala Lumpur?" kata Scha dalam rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Aktor Korea itu dilihat menyambut mesra pertanyaan mereka dan menganggukkan kepada tanda memahami apa yang dikatakan oleh Scha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain