suria

Lima tahun ibu jalani dialisis buat Scha Alyahya cerewet bab makan suplemen

Scha lebih berhati-hati untuk mengambil sebarang supplement.

PELAKON dan pengacara Scha Alyahya sangat berhati-hati sebelum mengambil sebarang makanan tambahan atau suplemen kerana bimbang akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.

Apatah lagi kata Scha, 39, melihat keadaan ibunya yang sudah lima tahun menjalani dialisis akibat masalah buah pinggang membuatkan dia bersikap cerewet.

"Saya memang takut nak ambil sebarang ubat-ubatan atau suplemen, lebih-lebih lagi melihat keadaan ibu saya yang sudah lima tahun menjalani rawatan dialisis.

"Saya sangat menjaga setiap apa yang masuk dalam badan saya. Nak makan ubat demam pun takut, apatah lagi nak ambil sebaran suplemen yang belum tahu kesahihannya," katanya kepada mStar.

scha1 - 1

Scha semakin memilih untuk mengambil sebarang ubat-ubatan.

Scha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran Nestle's Harvest Gourment yang diadakan baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya ini bagaimanapun tidak menafikan ada mengambil makanan tambahan untuk kekal bertenaga dan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Scha Alyahya terbuka hati terima teguran netizen, mengaku salah pakai skirt pendek... Tak perlu tegakkan benang basah!

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat 'makan hati' tengok Awal Ashaari, Scha Alyahya jumpa Lee Min Ho... Duduk sebaris siap berborak lagi

Aktres ini juga memberitahu amalan diet yang bersesuaian dan senaman turut penting dalam menjaga kesihatan diri dan bukannya hanya bergantung kepada suplemen.

"Saya memang ambil multi vitamin, prebiotik, vitamin C dan sebagainya tetapi saya akan seimbangkan sebagai contoh ada suplemen yang dimakan pada waktu pagi dan selebihnya pada waktu malam.

"Bergantung kepada suplemen pun tidak boleh, sebaik-baiknya biarlah seimbangkan dengan diet, senaman serta gaya hidup sihat," jelasnya.

scha2 - 1

Scha menganggap pemakanan sihat juga menjadi faktor bagi kesihatan.

Tambah Scha, sebelum mengambil sebarang suplemen adalah lebih baik mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari.

Malah Scha turut menyarankan agar seseorang itu membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan keadaan kesihatan dalam keadaan baik.

"Apa yang biasa saya lakukan, setiap tahun saya akan jalani pemeriksaan kesihatan dan daripada situ saya akan tahu badan saya ini kekurangan zat atau mempunyai sebarang masalah lain.

"Selepas itu barulah saya ambil mana-mana suplemen bersesuaian dan mengikut keperluan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain