suria

“Buruk atau baik, kamu tetap yang terbaik untuk saya” - Sokongan bapa Sissy Imann tak berbelah bahagi, meski dikritik Mas Idayu

Bapa tampil beri sokongan buat Sissy.

BAPA kepada Sissy Imann tampil memberi sokongan buat anak kesayangannya itu selepas penyanyi itu dilihat terlalu kecewa susulan menerima kritikan pedas daripada juri program Famili Duo, Mas Idayu pada persembahan minggu keenam pada malam Ahad lalu.

Mohammad Kamil Moustaff berkata, baik atau buruk Sissy, anaknya itu tetap antara yang terbaik di matanya sebagai seorang bapa.

"Buruk atau baik, kamu tetap yang terbaik untuk saya,” katanya.

sisi2 - 1

Persembahan Sissy dan Naim mendapat kritikan hebat.

Kamil berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instastory miliknya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Kamil turut menggunakan lagu Time After Time nyanyian Cyndi Lauper sebagai lagu latar bagi hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mas Idayu buat Sissy Iman menangis, netizen pula tak puas hati - "Angin semacam malam ini"

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Iman anggap bidang muzik tak lagi berpihak kepadanya, mohon maaf persembahan mengecewakan

Difahamkan, bait-bait lirik lagu berkenaan seperti ingin memberikan kata-kata semangat buat anak perempuannya itu.

"Jika kamu sesat, kamu boleh mencari saya.

sisi1 - 1

Antara bait-bait lirik yang dikongsi di instastory.

"Jika kamu jatuh, saya akan sambut dan menunggu kamu," tulisnya.

Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini mendapat kritikan hebat daripada juri Mas Idayu atau Mas Idayu Mesnun, 51.

Kata Mas, lagu yang disampaikan tidak sesuai buat mereka kerana menganggap nyanyian duo itu sangat kasar dan tidak sedap.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain