suria

“Air muka macam banyak masalah dia fikir”- Sporting layan peminat, netizen risau tengok Syamsul Yusof makin cengkung

Peminat risau Syamsul makin kurus.

MESKIPUN diduga dengan kemelut rumah tangga bersama isteri Puteri Sarah Liyana, pengarah Syamsul Yusof masih lagi meneruskan kerja-kerja penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster.

Biarpun sibuk di lokasi penggambaran, Syamsul, 39, dilihat 'sporting' melayan peminat yang ingin merakamkan foto bersamanya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian video seorang peminat di TikTok mencuri perhatian netizen kerana susuk tubuh Syamsul yang dilihat berbeza dan semakin kurus.

sol2 - 1

Syamsul kini sibuk di set pengambaran filem The Original Gangster.

Rata-rata peminat meluahkan kerisauan melihat keadaan fizikal pengarah filem Mat Kilau itu.

"Air muka macam banyak masalah dia fikir. Macam susut je badan. Tapi tetap sporting layan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Cukup 9 tahun jadi isteri Syamsul" - Puteri Sarah nekad cerai selepas dapat petunjuk, tarikh sebutan sehari sebelum ulang tahun perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syafiq Yusof tak pernah jumpa Ira Kazar, yakin Syamsul mampu selesaikan kemelut rumah tangga

"Besar betul dugaan Sol ni. Semoga dipermudahkan. Ujian untuk dia. Tengok muka pun macam banyak pendam masalah. Sedih pula tengok.

"Kurus dah. Kusut nampaknya. Semoga dipermudahkan urusan mereka," tulis netizen.

Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

WhatsApp Image 2023-01-23 at 6.12.46 PM

Antara komen-komen peminat yang risau melihat keadaan Syamsul.

Susulan daripada pendedahan itu, isteri pertamanya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan permohonan cerai secara baik pada pada 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain