suria

Akaun palsu guna nama Aliff Iskandar perdaya peminat, sampai berani minta selak seluar dalam!

Aliff anggap perkara begini merosakkan nama baik sebagai anak seni.

PENYANYI dan kompose Aliff Iskandar bengang terhadap seorang individu yang didakwa membuka akaun Instagram palsu atas nama kelab peminatnya, Aliffians.

Lebih jijik kata Aliff, 23, individu tersebut turut menggunakan media sosial itu untuk tujuan tidak senonoh dengan meminta gambar lucah daripada pengikut akaun berkenaan.

"Memang biadap orang itu sebab sanggup buka akaun palsu guna nama kelab peminat saya. Bukan saya sahaja yang bengang tapi ahli pun turut berasa marah dengan tindakannya.

"Dia juga berani minta gambar orang lain selak seluar dalam. Saya pun tak tahulah apa tujuan dia buat begitu," katanya kepada mStar.

aliff 3

Perbualan tidak senonoh individu yang menggunakan nama kelab peminat Aliff.

Aliff terdahulu memuat naik paparan akaun tersebut di laman Instagram milikya.

Menerusi perbualan individu berkenaan, dia menghantar mesej kepada seorang wanita meminta dia menyelak seluar dalam yang dipakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Iskandar diganggu peminat misteri, terbuka jika ikhlas mahu berkawan

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ciptaan sendiri tercalon AIM23 jadi pembakar semangat buat Aliff Iskandar

Tidak mahu perkara tersebut mencemarkan nama baiknya, Aliff meminta bantuan peminat supaya membuat laporan terhadap akaun itu agar ia segera disekat.

"Memanglah saya tak boleh berdiam kalau hal begini terjadi. Memalukan sungguh.

"Saya mohon orang ramai supaya report akaun tersebut. Saya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan jika ia berlarutan," tegasnya.

Selama ini saya cuba jaga nama dan buat baik dengan peminat. Apabila perkara ini berlaku ia memang mengecewakan.

ALIFF ISKANDAR

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Takdir ini memberitahu dia sentiasa berhati-hati ketika membalas pesanan di media sosial atau berbual dengan peminat kerana tidak mahu timbul isu seperti yang sedang berlaku.

“Selama ini saya cuba jaga nama dan buat baik dengan peminat. Apabila perkara ini berlaku ia memang mengecewakan.

“Saya tak mahu disebabkan perkara ini boleh jejaskan nama dalam industri sebab saya tak suka terlibat dengan sebarang kontroversi,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain