suria

[V] Syafiq Yusof tak pernah jumpa Ira Kazar, yakin Syamsul mampu selesaikan kemelut rumah tangga

ADIK kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof berkata dia masih belum berkesempatan bertemu dengan isteri kedua abangnya iaitu Ira Kazar.

Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Mohd Yusof, 31, memberitahu kali terakhir dia bertentang mata dengan abangnya itu di pejabat dua bulan lalu.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan dia (Ira)... saya juga tidak pasti sama ada ibu ayah ada berjumpa dengannya atau tidak.

sy1 - 1

Syafiq enggan masuk campur urusan rumah tangga Syamsul.

"Masing-masing sibuk dan Syamsul pun ada banyak filem besar. Kali terakhir kami berjumpa dua bulan lepas tetapi perbualan lebih kepada filem dan projek baharu.

"Tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah saya simpan sendiri," katanya kepada mStar.

Syafiq berkongsi perkara itu semasa prebiu drama bersiri arahannya berjudul Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions yang diadakan di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar yakinkan Puteri Sarah punca Syamsul nikah di Thailand... Tetap sabar menunggu restu ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul 'block' Puteri Sarah kerana kerap dimaki, susah bawa bincang... "Awak dah tak ada rasa hormat"

Sementara itu, pengarah filem Abang Long Fadil ini berkata dia enggan mencampuri urusan rumah tangga Syamsul.

Syafiq bagaimanapun tetap mendoakan yang terbaik buat abangnya dan keluarga.

"Kalau boleh, hal keluarga biarlah kekal jadi hal peribadi keluarga, namun saya faham kami adalah keluarga seni, jadi kami terpaksa menerima semua ini apabila telah menjadi perhatian ramai.

Saya tidak pernah berjumpa dengan dia (Ira)... saya juga tidak pasti sama ada ibu ayah ada berjumpa dengannya atau tidak.

SYAFIQ YUSOF

PENGARAH

"Paling utama, saya harap netizen tidak lagi buat andaian yang bukan-bukan.

"Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan berdoa agar kedua ibu bapa dan keluarga saya mendapat ketenangan serta kebahagiaan," ujarnya.

Menyifatkan Syamsul seorang lelaki yang cekal, Syafiq meluahkan keyakinan abangnya itu mampu menyelesaikan segala kemelut rumah tangga ini dengan baik.

"Mengenali abang saya, dia seorang lelaki yang tabah sama seperti bapa kami... apa sahaja masalah saya pasti dia mampu kendalikannya dengan baik," katanya.

sy2 - 1

Syafiq ketika ditemui di prebiu drama bersiri Special Force Anarchy.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Pendedahan Syamsul itu mencetus pelbagai reaksi daripada peminat, termasuk ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang turut meluahkan rasa kecewa kerana perkahwinan itu diadakan tanpa perbincangan keluarga terlebih dahulu.

Isu ini menjadi lebih panas apabila isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana berterusan membuat luahan di media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain