suria

Buat ‘show’ bersama, peminat mahu Suhaimi Saad kembali sertai Inteam… “Tak sesuai bayar murah, bumi pun lain-lain”

Peminat mahu melihat Suhaimi bersama Inteam semula.

PERKONGSIAN video memperlihatkan penyanyi Suhaimi Saad membuat persembahan bersama kumpulan Inteam di satu majlis perkahwinan menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, Suhaimi, 43, dilihat turut sama menyanyikan lagu popular kumpulan itu berjudul Impian Kasih.

Kemunculan Suhaimi itu sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat yang mahu melihat kesemua ahli Inteam berada atas pentas sama.

ss2 - 1

Suhaimi kembali menyanyi bersama Inteam.

Rata-rata peminat memuji suara Suhaimi yang disifatkan masih merdu seperti dahulu dan meminta supaya dia kembali bergabung bersama kumpulan nasyid itu.

"Tak berubah suara masing-masing. Sebiji macam dalam kaset. Terubat juga rindu nak tengok Suhaimi dengan Inteam lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Aku bumi pun tak sama macam korang" - Suhaimi Saad tak mahu keluar mengundi, dakwa perbuatan judi

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dituduh tak kerja, hanya 'makan' duit isteri... Selain mengurut, ini rupanya pendapatan Suhaimi Saad

"Complete! Suara Suhaimi tetap sedap macam dulu. Terasa Inteam dah lengkap. Tolong kekalkan momentum ini," komen netizen.

Menyedari sokongan peminat itu, isterinya iaitu Ina Naim sempat bertanyakan kepada Suhaimi mengenai permintaan peminat yang mahu dia kembali kepada kumpulan itu.

"Nak tanya jangan marah tau, kalaulah Inteam offer abang masuk semula... abang nak tak?" tanya Ina.

"Tak sesuai, bayar pun murah. Bumi pun lain-lain, baliklah!" jawab Suhaimi.

ss1 - 1

Suhaimi tidak lagi mahu menjadi penyanyi nasyid.

Untuk rekod, Suhaimi memulakan kerjaya nyanyian dengan menyertai kumpulan nasyid Inteam pada tahun 1999.

Dia kemudiannya berundur daripada Inteam untuk kembali di bawah label Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Pada 2021, Suhaimi mengumumkan dirinya bukan lagi penyanyi nasyid dan tidak mahu dikenali dengan gelaran ustaz.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain