suria

Motosikal ditunggang tiba-tiba pecut langgar kereta, Noorkhiriah alami lebam dan tisu koyak

Khiriah mengalami kecederaan ringan pada tangan kanannya.

PELAKON Noorkhiriah berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sehingga kenderaan itu bergerak laju sebelum melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Akibat kejadian itu, Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, mengalami kecederaan pada tangan kanannya yang mengalami lebam dan tisu koyak.

Bagaimanapun kata pelakon yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul Bosskid itu, insiden berkenaan adalah disebabkan kecuaian diri sendiri dan bukannya pihak produksi.

khiriah1 - 1

Khiriah mengakui kecuaian diri sendiri.

"Alhamdulillah akak okay cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja sahaja. Tak patah, cuma tisu koyak.

"Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi. Jangan salahkan mereka. Mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kalau tiada 'job', Noorkhiriah harap anak tak ikut jejak langkah jadi pelakon

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya tak mahu susahkan awak dunia dan akhirat" - Ucapan ulang tahun ke-16 perkahwinan Noorkhiriah buat suami undang sebak

Khiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Isnin.

Terdahulu, Khiriah memuat naik sebuah rakaman video ketika menunggang motosikal dalam babak yang dilakonkan.

Dalam pada itu, Khiriah berkata, selepas kejadian, pihak produksi menyarankan untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaannya boleh bertukar menjadi teruk.

"Terima kasih kepada pihak produksi, keluarga dan sahabat yang mesej bertanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan korang.

"Lepas saja kejadian masing-masing suruh akak jumpa doktor takut kejadian lebih teruk," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain