suria

Nash dikejarkan ke hospital, badan kejang ketika ambil wuduk

Nash terpaksa duduk di kerusi roda sambil menahan kesakitan.

PENYANYI Datuk Nash dikejarkan ke hospital selepas mengalami kekejangan badan sehingga menyukarkan dia bergerak seperti biasa.

Nash atau Nashrudin Elias, 63, berkata, kekejangan itu berlaku ketika dia sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Maghrib sebelum dia tiba-tiba tidak boleh berdiri tegak.

"Saya baru sahaja pulang dari Sarawak dan terus menghadiri jemputan perkahwinan anak kawan di Kuala Lumpur. Sebelah malam pula ada satu lagi jemputan perkahwinan di Kajang, itu yang macam nak cepat-cepat bersiap.

"Sebelum ke sana saya nak solat Maghrib terlebih dahulu, ketika ambil wuduk dan membongkok nak basuh lengan, pinggang saya terus tersentap dan tak boleh berdiri tegak.

1121192

Nash alami kekejangan badan ketika ambil wuduk.

"Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan kejang, kaki tak boleh bergerak," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Disebabkan kesukaran bergerak, Nash berkata, dia terpaksa meminta bantuan anaknya untuk berjalan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nash dan Mat Over sifatkan Hamid Gurkha seperti bapa... Senang didekati, rendah diri

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Nash terbabas selepas langgar lopak air, alami cedera di muka dan sakit dada

"Solat Maghrib terpaksa pakai kerusi, dan selepas selesai saya minta anak dan menantu hantar ke hospital dan doktor berikan suntikan supaya saya rasa lega," katanya.

Dalam pada itu, Nash memberitahu keadaannya masih belum pulih selain sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Bagaimanapun, Nash tetap kuat semangat dan berharap doa daripada peminat agar dia segera sembuh.

"Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar... doakan saya cepat sembuh. Banyak lagi tugasan yang belum selesai. Amin," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain