suria

“Minta maaf sesiapa yang jumpa kita” - Sharifah Shahirah positif Covid-19 kali kedua 

Sharifah Shahirah dijangkiti Covid-19 kali kedua.

PENYAMPAI radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah memaklumkan dia dijangkiti Covid-19 kali kedua sejak Ahad lalu.

Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera, 48, berkata, dia tergerak hati membuat ujian Covid-19 selepas suaranya berubah selain mengalami demam namun tidak teruk seperti sebelumnya.

"Demam, check Covid-19... dah cakap dah! Suara sengau tapi makan selera dan ada rasa. Kita perolehi kemenangan yang kedua. Boleh kerja, kan?," katanya.

Perkara itu dikongsikan penyampai radio berkenaan menerusi Instagram miliknya.

Shiera dijangkiti Covid-19 kali kedua.

Menerusi video yang dimuat naik, Shiera dilihat sedang menikmati burger dengan penuh berselera walaupun dijangkiti wabak berkenaan.

Dalam pada itu, Shiera juga turut memohon maaf kepada sesiapa yang turut dijangkiti Covid-19 selepas bertemu dengannya memandangkan sebelum ini dia banyak bertemu orang ramai di beberapa acara sejak beberapa hari lalu.

Shiera berharap tiada pihak berasa marah dengannya meskipun sudah cuba mengelak bersalaman atau bergambar dengan peminat namun tidak mahu menghampakan permintaan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak patah gigi dan cedera kemalangan bas dan treler, Sharifah Shahirah lega X-Ray tunjuk tiada kerosakan dalaman

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Maria Arshad positif Covid-19 tahap 2, Shiera sekeluarga jadi kontak kasual - “Mula-mula dia demam dan sakit kepala... hanya mahu makan ubat”

"Awak semua jangan marah saya. Saya sakan berjalan sana sini, show... konsert anak. Saya tak nak salam, awak nak salam. Saya tak nak bergambar, awak nak sebab saya batuk manja.

"Okay minta maaf sesiapa yang jumpa kita," katanya lagi.

Sementara itu, Shiera berharap dia segera sembuh kerana ingin kembali bekerja kerana jadualnya yang padat dengan pelbagai program termasuk tugas di konti Suria FM.

Peminat dan rakan artis doakan kesembuhan Shiera.

"Kita memperoleh kekalahan yang kedua kali ini. Ini nak masuk dekat MySejahtera ke atau buat dek (tak tahu) jer? Saya perlu sihat pada lusa sebab perlu kerja," jelasnya.

Sehubungan itu, rata-rata rakan artis dan peminat turut mendoakan agar Shiera segera diberikan kesembuhan.

"Semoga cepat sembuh, Allah nak bagi rehat tiga empat hari tu.

"Dugaan kecil sahaja, semoga cepat sembuh. Hari keempat buat pemeriksaan semula. Kalau dah sihat, masuk kerja," komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain