suria

[V] Anak patah gigi dan cedera kemalangan bas dan treler, Sharifah Shahirah lega X-Ray tunjuk tiada kerosakan dalaman

PENYAMPAI radio Suria FM, Sharifah Shahirah memaklumkan anak lelakinya, Airell Zulkifkli patah gigi dan mengalami kecederaan pada bahagian dahi, hidung dan kaki selepas bas ekspres yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan merempuh belakang sebuah treler pada Ahad lalu.

Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera berkata, meskipun hanya mengalami kecederaan ringan namun dia tetap membawa Airell ke hospital bagi melakukan imbasan X-Ray bagi memastikan anaknya itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

"Saya beritahu suami untuk hantar anak pergi buat X-Ray sebab risau walaupun cuma cedera ringan.

"Alhamdulillah tiada apa yang serius selepas keputusan X'Ray itu keluar," katanya kepada mStar.

Bas yang dinaiki Airell remuk teruk di bahagian hadapan.

Shiera berkongsi berita berkenaan ketika menghadiri majlis Inilah Suria yang diadakan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.

Terdahulu, media melaporkan seramai 16 daripada 27 penumpang termasuk warga Singapura cedera selepas bas berkenaan merempuh belakang treler di Kilometer 179, Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara pada awal pagi Ahad.

Penyampai radio itu bagaimanapun meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu anaknya salah seorang penumpang bas berkenaan namun bernasib baik kerana Airell duduk di bahagian belakang bas berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Blur’ jadi ibu pengantin, rakan artis pula menangis Sharifah Shahira sambut menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle dedah pernah setahun tak sekolah, alami gangguan pemakanan anoreksia nervosa

Dalam pada itu, Shiera menjelaskan ketika kejadian Airell dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri sebuah festival animasi di Singapura.

Katanya, pemergian anaknya itu ke Singapura tanpa pengetahuannya dan hanya mendapat tahu Airell terlibat dalam kemalangan selepas dia selamat pulang ke rumah.

"Rahsia terbongkar apabila saya nampak ada luka di bahagian dahinya walaupun pada awalnya dia tutup pakai rambutnya yang panjang. Bila saya tanya, dia kata itu jerawat tetapi sebagai ibu saya tahu itu adalah kesan luka dan sangka dia bergaduh.

Shahirah berkongsi berita berkenaan ketika siaran media di Hotel Sheraton pada Selasa lalu.

"Selepas dipaksa barulah dia cerita apa yang telah berlaku... memang saya terkejut mendengar cerita bagaimana kemalangan itu berlaku," katanya.

Sementara itu, Shiera meluahkan rasa kesal apabila pengurus syarikat bas tersebut tidak berusaha menghubungi atau memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Malah panggilan yang dibuat kepada syarikat tersebut bagi mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut tidak dilayan dan sehingga kini masih tiada sebarang maklumat diberikan.

"Saya telefon sebab nak tahu di mana bas itu kemalangan, apa puncanya dan bagaimana ia boleh berlaku," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain