suria

Senyuman bangga seorang ibu... Nora Ariffin terima diploma bagi pihak arwah anak

Nora mewakili Allahyarham anaknya di Majlis Konvokesyen UiTM ke-95.

HARI yang sepatutnya menjadi kegembiraan dan kebanggan buat seorang ibu bertukar hiba apabila penyanyi Datuk Nora Ariffin mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skrol diploma miliknya di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa.

Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.

Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu meskipun berasa sedih arwah tidak bersamanya namun kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam pelajaran.

nora1 - 1

Nora berharap kejayaan Alif menjadi pemangkin semangat buat adik-adiknya yang lain.

"Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain. Tengok abang tak sempat nak berjaya, adik-adiklah ambil semangat tersebut untuk teruskan legasi saya dan Allahyarham Johan," katanya.

Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Universiti Teknologi Mara - Media Rasmi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah uji saya lagi...” - Anak Nora Ariffin meninggal dunia selepas rebah di rumahnya

ARTIKEL BERKAITAN: “Alif bersih daripada ubat-ubatan terlarang” - Nora dedah laporan bedah siasat punca kematian anaknya

Dalam pada itu, Nora memberitahu, ketika hayatnya, Allahyarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.

Kata penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini, Alif juga antara individu yang banyak menaikkan semangatnya selepas pemergian Allahyarham suami, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain.

NORA ARIFFIN

PENYANYI

"Setiap hari Alif pasti akan menghantar WhatsApp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami," ujarnya.

Bagaimanapun Nora memberitahu dia reda dengan pemergian anak keduanya itu dan menganggap Allah lebih menyayanginya.

nora2 - 1

Nora reda atas pemergian anak keduanya itu.

"Selepas kematian Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah lebih menyayanginya," jelasnya.

Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah.

Jenzah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain