suria

Mimi Fly teruja lagu ‘Kan Ku Sudah Kata’ ciptaannya jadi OST filem... sarat mesej tentang kesihatan mental

Mimi yakin lagu berkaitan masalah kesihatan mental dapat diterima pendengar.

PENYANYI Mimi Fly meluahkan rasa teruja dan tidak menyangka diberi kepercayaan untuk menghasilkan lagu Kan Ku Sudah Kata sebagai runut bunyi (OST) filem Eva yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norisham, 35, berkata dia diminta menghasilkan lagu itu sejak tahun 2020 dan penantian selama dua tahun membuahkan hasil apabila karya itu digunakan sebagai soundtrack untuk filem berkenaan.

"Lagu ini sebenarnya disiapkan ketika pandemik Covid-19 lagi dan waktu itu saya dimaklumkan oleh penerbit iaitu Diyana Ismail untuk menghasilkan sebuah lagu OST bagi sebuah filem.

Muzik video yang dihasilkan juga menggunakan konsep sama dengan lagu dan filem

"Waktu itu saya tidak tahu filem apa yang akan menggunakan lagu ini, tetapi saya tetap gembira dan memberikan yang terbaik semasa menghasilkan lagu," katanya kepada mStar.

Lagu Kan Ku Sudah Kata dipilih sebagai OST filem Eva lakonan Datuk Jalaludin Hassan, Tony Eusoff, Isma Daniel dan Norman Hakim yang bakal menemui penonton pada 26 Januari depan.

Mimi berkata demikian menerusi sidang media Kan Ku Sudah Kata OST Eva yang diadakan secara maya pada Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Benci sebab tak faham... Mimi Fly gembira hubungan dengan doktor pakar Amerika mula diterima

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly kesal kekasih Afrika digelar ‘Negro’, bimbang keluarga teman lelaki kurang senang

Bercakap lanjut tentang Kan Ku Sudah Kata, Mimi memberitahu bahawa lagu yang di bawanya kali ini berkonsepkan urban pop/R&B kerana ingin menggambarkan suasana dalam filem Eva yang menekankan masalah kesihatan mental.

Penulisan lirik lagu berkenaan dihasilkan oleh Mimi dengan hasil kerjasama daripada Kharafik Khairudin sebagai komposer.

"Mimi pernah ada impian untuk cipta lagu lain genre dan tidak sangka ini rupanya peluang Mimi untuk hasil dan menyanyikan sendiri.

Kan Ku Sudah Kata diharapkan dapat diterima baik oleh peminat

"Lirik memang Mimi yang tulis dan proses itu sedikit mudah sebab ada juga saya kaitkan dengan pengalaman diri," katanya.

Kan Ku Sudah Kata adalah ciptaan Mimi Fly dan Khairafik Khairudin dan muzik videonya turut dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia pada 1 Disember.

Selain itu, penerbit Kan Ku Sudah Kata, D'Alpha Legacy mengadakan sebuah contest yang dijalankan di platform TikTok dan peminat hanya perlu menggunakan sippet lagu berkenaan bersama hashtag #MusicInTrend dan #KanKuSudahKata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain