suria

Mimi Fly kesal kekasih Afrika digelar ‘Negro’, bimbang keluarga teman lelaki kurang senang

Mimi jelaskan panggilan negro tidak lagi sesuai digunakan sekarang.

PENYANYI Mimi Fly meluahkan rasa kurang senang apabila ada pihak yang menggelarkan kekasihnya sebagai 'Negro' hanya kerana lelaki itu berasal dari Afrika.

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, panggilan 'Negro' itu dianggap sebagai tidak menghormati kaum African-American, dan boleh mencetuskan pergaduhan.

"Buka matamu dan belajar memahami, sekarang sudah 2022. Perkataan Negro itu jika digunakan di Amerika Syarikat dianggap sebagai tidak menghormati.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Fly tertarik dengan latar belakang budaya kekasih baharu dari Mesir

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab Mimi Fly pilih tajuk lagu 'Hujan', impian kolaborasi dengan Altimet tercapai - “Lagu ini dapat tenangkan segala depresi”

"Perkataan itu dicipta oleh kaum kulit putih pada zaman African-American dijadikan hamba.

"Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah," ujar Mimi.

Terdahulu, Mimi meluahkan rasa kesal apabila kekasihnya digelar 'Negro' pada sebuah tajuk berita tempatan.

Kalau digunakan sekarang ini hanya untuk cari gaduh dengan niat nak buat African-American rasa kerdil dan lemah

MIMI FLY

PENYANYI

Mimi berkata, panggilan tersebut boleh membuatkan teman lelaki dan ahli keluarga yang lain berasa kurang senang dan memberi persepsi buruk terhadap rakyat Malaysia.

"Keluarga dan rakan-rakan dia menerima saya dengan baik dan saya harap dapat melakukan perkara yang sama.

"Saya bersyukur mereka melayan saya dengan baik ketika berjumpa di sana.

"Saya juga berharap mereka disambut baik jika dapat datang ke Malaysia suatu hari nanti supaya mereka tahu kebaikan orang kita dan tidak dianggap biadab," jelasnya.

mimi fly 2

Mimi harap dapat beri layanan terbaik jika keluarga kekasihnya datang Malaysia.

Mimi sebelum ini mendedahkan sedang bercinta dengan seorang lelaki berkulit hitam yang bertugas sebagai seorang doktor pakar tulang belakang di Amerika Syarikat.

Mereka mula berkenalan sejak tiga tahun lalu ketika sama-sama sedang bercuti.

Untuk rekod, bekas anggota kumpulan One Nation Emcee ini ini mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015, namun bercerai dua tahun kemudian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain