suria

Hampir 4 jam disiasat SKMM, Vida mengaku undang penari dalam MV raya sekadar untuk hiburan

WhatsApp Image 2022-05-13 at 7.18.44 PM

SELEPAS Datuk Seri Aliff Syukri, kali ini usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada petang Khamis bagi membantu siasatan kontroversi video muzik (MV) lagu Muah Muah Raya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, Vida memberitahu dia meluangkan masa hampir empat jam memberikan keterangan dan dirakamkan percakapan.

“Setelah hampir empat jam mereka tanya bagai-bagai (macam-macam). Saya buat sebagai hiburan saja, tak ada maksud apa-apa pun.

ARTIKEL BERKAITAN: PA baharu dedah hanya berlakon! Ini respons Vida, tak sangka baru sebulan kerja dah bocor rahsia

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri hadir ke SKMM bantu siasatan MV ‘Kelepok Raya’

“Tapi nak buat macam mana, saya jadikan pengajaran, ambil yang baik sajalah. What past is past,” katanya.

Vida mengulas mengenai perkara itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram pada Jumaat.

WhatsApp Image 2022-05-13 at 7.24.16 PM

Vida dipanggil SKMM berhubung kontroversi lagu Muah Muah Raya.

Dia merakamkan video berkenaan di pekarangan bangunan SKMM bersama seorang wanita.

Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik warga maya selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati maksud sebenar hari raya apabila ia didakwa menampilkan unsur drag queen.

Takkan itu tak boleh fikir kan lagu sedap, saya perlukan penari tak meriah lah kalau tak ada penari

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Dalam pada itu, Vida berkata tujuannya mengundang penari berkenaan kerana mahu memeriahkan MV lagu tersebut.

“Takkan itu tak boleh fikir kan lagu sedap, saya perlukan penari tak meriah lah kalau tak ada penari.

“Penari dah datang macam tu, saya nak buat macam mana,” ujarnya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini usahawan Aliff Syukri turut dipanggil SKMM untuk memberi keterangan selepas lagu dan MV raya berjudul Kelepok Raya menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain