suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awal Ashaari didakwa lakukan khianat, rosakkan palang pagar perumahan

Awal mengaku tidak bersalah.

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas pertuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara bulan lalu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah pada pagi Selasa.

Mengikut pertuduhan selebriti itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal perumahan itu di Jalan PJU 3/30 pukul 11.30 pagi pada 16 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan biar orang rosakkannya...” - Awal Ashaari

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

awal 2

Awal mengaku tidak bersalah.

Bagaimanapun peguam Datuk M Reza Hassan memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga selain pendapatannya sebagai pengacara tidak konsisten.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Zhafran membenarkan Awal diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Tarikh 15 Julai ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain