suria

Khai Bahar sanggup ‘tinggal’ peminat, tergesa-gesa nak tengok live Hawa Rizwana di TikTok 

Peminat terhibur melihat reaksi malu-malu Hawa Rizwana.

SEJAK timbul gosip mengaitkan penyanyi Khai Bahar dan pengacara Hawa Rizwana, peminat sentiasa memerhatikan gerak geri dua selebriti ini yang dianggap sepadan sekiranya mereka bersama.

Terbaharu, peminat 'tangkap' Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 28, yang dilihat tergesa-gesa menghentikan video siaran langsung sedang dibuat semata-mata untuk menonton Hawa yang juga sedang live di TikTok baru-baru ini.

"Hawa tengah live ke? Okaylah guys Khai nak tengok Hawa live. Bye," katanya sebelum mengakhiri video berkenaan.

Rakaman tersebut sempat dirakam peminat yang kemudiannya memuat naik video reaksinya itu menerusi akaun dengan nama @allaboutKhaiHawa di TikTok.

khai2 - 1

Khai dan Hawa digosipkan bercinta.

Sementara itu, video reaksi Khai itu turut disunting dengan menggabungkan reaksi Hawa apabila diberitahu peminat penyanyi itu sedang menonton video siaran langsungnya.

Sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Hawa kelihatan gugup dan memberitahu akan bertanya sendiri kepada Khai sekiranya apa diberitahu peminat benar atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesa tanpa kontroversi, Khai Bahar tak mahu buat gimik melampau hingga menyakitkan hati orang lain

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana memilih soal pasangan hidup, mahu lelaki penyabar... Tak sia-sia tinggalkan kerjaya wartawan

Malah Hana secara berseloroh sempat membetulkan kedudukan tudung yang dipakai serta memberitahu berasa malu apabila Khai menonton videonya.

"Tadi Khai cakap nak tengok live Hawa? Ye ke? Ala malulah.

"Korang main-main ke betul-betul ni? Kejap tanya dia. Ah malu. Korang main-main, kan? Okay kalau Khai WhatsApp Hawa... Alamak saya kena betulkan tudung ni," katanya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata peminat terhibur melihat aksi Hawa yang dikatakan gelabah dan malu-malu apabila mendapat tahu Khai sedang menontonnya secara live di TikTok.

khai1 - 1

Hawa muncul dalam muzik video terbaharu Khai, Oh Wanita.

"Alaa tak boleh berhenti tengok reaksi mereka comel gila. Dua-dua excited dan malu-malu.

"Alahai comel sangat. Wah, so sweet. Comel la dua-dua ni," tulis netizen.

Untuk rekod, Hawa muncul sebagai heroin dalam muzik video Khai bertajuk Oh Wanita sehingga ramai mengusik kedua-dua selebriti popular ini ada hubungan.

Bagaimanapun Khai hanya menganggap ia sebagai gurauan daripada peminat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain