suria

Hawa Rizwana memilih soal pasangan hidup, mahu lelaki penyabar... Tak sia-sia tinggalkan kerjaya wartawan

Hawa idamkan lelaki penyabar sebagai pasangan hidup.

KEPUTUSAN Hawa Rizwana meninggalkan kerjaya wartawan berbaloi apabila dia berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dalam Komunikasi Massa mengikut jadual dan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.78.

Hawa Rizwana, 27, meluahkan rasa syukur dikelilingi ramai orang yang memahami terutamanya pensyarah yang banyak membantu apabila dia tidak dapat menghadiri kuliah.

"Sebenarnya saya tak sangka habis pada waktu yang tepat sebab masa itu saya kerja sebagai wartawan kadang-kadang kita tak ada cuti, kerja tak menentu.

Hawa tamatkan Ijazah Sarjana dengan keputusan cemerlang.

"Selepas fikir-fikir saya terpaksa berhenti sebagai wartawan tapi saya dapat tawaran lain yang tak kacau kelas jadi saya hanya fokus kepada pengacaraan sahaja. Sebab kelas waktu itu tiga kali seminggu namun kerja tak tentu masa," katanya kepada mStar.

Hawa ditemui di majlis pembukaan Flagship Store Rizman Ruzaini di bertempat di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur pada Rabu.

Pengacara program MeleTOP ini menerima ijazah itu semasa Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 pada Ahad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hawa Rizwana mengaku bukan mudah ambil tempat Neelofa sebagai pengacara MeleTOP, mahu dikenali atas nama sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Hawa Rizwana hos baharu meleTop, netizen sudah dapat agak tampil pengacara persis Neelofa

Diusik mengenai status diri, Hawa mengakui masih lagi solo dan sedang mencari seseorang yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.

Bagaimanapun, Hawa mengakui dirinya sedikit memilih dalam mencari seseorang yang betul-betul sesuai dengannya.

"Belum ada calon lagi. Kita kawan-kawan dengan orang, kalau ada jodoh yang baik serta sesuai dengan kita dan mak ayah pun gembira kenapa tidak.

Apabila dah puas berdikari dan meneroka, kalau ada yang terbaik untuk kita InsyaAllah.

HAWA RIZWANA

PENGACARA

"Memang kena memilih kut, kita ini tak sempurna dan ada kekurangan jadi kita perlukan seseorang yang selesa. Tapi tak ada yang datang dekat pun, macam mana?" katanya.

Hawa juga memberitahu bahawa dia mahukan seorang lelaki yang penyabar, namun buat masa ini dia ingin menikmati zaman bujangnya terlebih dahulu.

"Yang nak berkawan itu ada tapi serius belum lagi. Sekarang ini belum rasa nak kahwin tapi tak ada letak target lepas habis master terus nak kahwin. Apabila dah puas berdikari dan meneroka, kalau ada yang terbaik untuk kita InsyaAllah.

Hawa mahukan lelaki penyabar.

"Saya nak lelaki yang penyabar tapi as long we perfect for each other... saya pun tak kisah kalau pasangan saya itu orang dalam industri juga. Kawan-kawan ada juga cakap kalau dah jumpa yang tepat akan rasa nak kahwin terus saja. Sekarang masih belum jumpa lagi," ujarnya.

Kongsi Hawa, ada satu kejadian yang membuatkan dia sedikit takut dalam mencari pasangan di mana seorang lelaki kenalan keluarga bertemu dengan ibu bapanya untuk merisik status dengan tiba-tiba.

"Dia terus jumpa mak ayah. Keluarga dia ada hubungi mak ayah saya bertanya mengenai saya tapi saya cakap belum lagi sebab masa itu saya baru 23 tahun," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain