suria

PU Riz dapat sorakan terima ijazah pengajian bahasa Inggeris, hashtag Neelofa pula mencuit hati 

Neelofa dan PU Riz gembira di hari konvoksyen.

PENCETUS Ummah (PU) Haris Ismail mendapat sorakan seperti seorang selebriti terkenal apabila namanya diumumkan ketika mengambil skrol pada Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) ke-38 pada Ahad.

Haris atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, menerima skrol berkenaan selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) di universiti berkenaan.

Apa menarik perhatian, isterinya, Neelofa turut hadir pada majlis konvokesyen tersebut yang turut memberi sorakan apabila Haris berjalan menerima skrol ijazahnya.

PU Riz ditemani Neelofa di majlis konvoksyen.

Neelofa turut mengusik Haris atau PU Riz dengan meletakkan tanda pagar mencuit hati iaitu #suamimudakauada menerusi beberapa hantaran mengenai majlis tersebut di Instastory miliknya.

"Haha siapa suruh bawa isteri datang konvo #suamimudakauada," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz tunai janji bagi RM300, pelajar cemerlang SPM jaga adik OKU antara yang bertuah

ARTIEKL BERKAITAN: PU Riz tinggalkan kerjaya seni untuk sambung belajar undang-undang

Dalam perkongsian tersebut, Neelofa dilihat gembira dan bangga meraikan hari bermakna itu bersama PU Riz.

Untuk rekod, PU Riz sebelum ini ada memaklumkan keputusannya menyambung pengajian di sebuah universiti terkemuka.

PU Riz juga pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 2012 namun hanya sempat belajar selama setahun sebelum membuat keputusan pulang ke Malaysia ekoran pergolakan yang berlaku di negara tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain