suria

Chombi tiba-tiba pengsan sebelum buat persembahan, mujur jururawat bantu bawa ke hospital 

Chombi mengadu gelap sebelum jatuh pengsan.

PENGUNJUNG Karnival Jom Santai yang diadakan di Aeon Mall Taiping, Perak gempar apabila penyanyi Chombi tiba-tiba pengsan sebelum membuat persembahan pada kejadian malam Sabtu.

Harry Khalifah yang juga bapa kepada Chombi memberitahu anaknya itu dikejarkan ke hospital akibat mengalami masalah tekanan darah rendah selain baharu sahaja pulih daripada demam.

"Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi tumbang... sebenarnya Chombi baru lepas baik demam selain sedang datang bulan ditambah pula kehadiran orang ramai serta lighting yang panas membuatkan dia tak selesa.

Chombi setelah dapat rawatan selepas pengsan.

"Sebelum pengsan dia dah kata nampak macam gelap, tahu-tahu dia pengsan. Doktor yang merawat memberitahu dia mengalami tekanan darah rendah," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Harry bersyukur apabila Chombi atau Siti Maryam Ahamad Sairi, 15, dibantu seorang jururawat yang kebetulan berada di acara itu sebelum di bawa ke hospital berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi betul Harry Khalifah! Tak letak syarat bakal menantu tapi biarlah Chombi cukup umur dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak senang tengok Chombi lebih matang dari usia, anak dara Harry Khalifah jawab kecaman ‘try hard’ jadi dewasa

"Nasib baik ada jururawat masa itu, dia terus bertindak cepat. Dia yang bawa kami ke hospital berdekatan," katanya.

Berkongsi keadaan Chombi, Harry memaklumkan akan membawanya mendapatkan rawatan di hospital sekali lagi ekoran anaknya itu mengadu sakit dada dan mengalami masalah semput.

Chombi ketika dikejarkan ke hospital.

"Ini saya nak bawa Chombi ke klinik lagi sebab dia kata dia macam semput dan sakit dada, sedangkan kami tidak pernah ada yang semput. Chombi ini kalau demam memang sangat manja," ujarnya.

Meninjau ke akaun Instagram Chombi pula, penyanyi muda berkenaan memohon maaf kepada peminatnya di Taiping berikutan tidak dapat membuat persembahan di sana.

"Alhamdulillah saya okay sikit. Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan saya dan saya minta maaf pada orang-orang Taiping sebab tak dapat nak teruskan Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi doakan saya sihat seperti biasa," tulisnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI