suria

Kejayaan ‘Spilt Gravy’ di FFM32 milik arwah Jit Murad, semangat Zahim Albakri membara buat filem baharu tahun depan

Jit (kanan) adalah pencipta asal karya Spilt Gravy.

PENGARAH Datuk Zahim Albakri terkilan sahabat baiknya iaitu Allahyarham Jit Murad tidak dapat bersama berkongsi kegembiraan filem Split Gravy menang besar di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung pada malam Jumaat.

Dedah Zahim, karya tersebut adalah milik Jit yang sebelum ini pernah dipentaskan sebagai persembahan teater dan kekuatan versinya adalah milik arwah.

Kekuatan filem ini adalah Allahyarham Jit Murad. Ini adalah karya beliau dan sebelum ini ia pernah dipentaskan sebagai persembahan teater.

"Sayang sekali apabila Jit tidak dapat bersama-sama naik ke pentas FFM untuk menerima trofi ini," katanya kepada mStar.

553

Spilt Gravy memenangi tujuh kategori di FFM32.

Zahim berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas FFM32 yang diadakan di Encore Theatre, Melaka.

Pada anugerah berprestij itu, Split Gravy diumumkan sebagai Filem Terbaik FFM32 yang membawa pulang hadiah berupa Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Spilt Gravy’ Filem Terbaik FFM32 raih 7 anugerah, ketepikan Mat Kilau

ARTIKEL BERKAITAN: FFM32 pentas filem hebat bersaing... ‘Spilt Gravy’ terima 14 pencalonan diikuti ‘Air Force: Selagi Bernyawa’

Selain itu, Zahim turut membawa pulang trofi Pengarah Harapan Terbaik selain turut memenangi beberapa kategori lain termasuk Rekaan Busana Terbaik, Penataam Seni Terbaik, Penyunting Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Juliana Ibrahim).

Dalam pada itu, Zahim berkata, dia pernah ingin berputus asa selepas berdepan pelbagai cabaran sepanjang pembikinan karya sulungnya tersebut.

Bagaimanapun selepas diumumkan pemenang Pengarah Harapan Terbaik, semangat untuk mengarahkan lebih banyak filem selepas ini kembali mekar dalam diri.

Sayang sekali apabila Jit tidak dapat bersama-sama naik ke pentas FFM untuk menerima trofi ini.

DATUK ZAHIM ALBAKRI

PELAKON/PENGARAH

"Ini adalah filem pertama saya... memang bukan mudah nak siapkan. Prosesnya bermula 2011 dan hanya mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

"Jadi boleh bayangkan betapa kecawanya saya aapbila tayangan filem ini terpaksa ditanggungkan selepas bersusah payah sepanjang pembikinannya sebelum ini... atas sebab itu saya hampir putus asa.

"Apabila menang, saya memang tak sangka dan sudah tentu sangat gembira. Ia kembali menyuntk semangat buat saya," katanya.

zahim 2

Segala penat lelah sepanjang penggambaran akhirnya terbayar.

Mengulas mengenai DKD yang diterima, Zahim mahu memanfaatkan dana tersebut sebaik mungkin malah sudah membayangkan beberapa karya yang mahu dihasilkan dalam masa terdekat.

"Dalam fikiran saya sudah membayangkan beberapa buah filem untuk diterbitkan tahun hadapan.

"Saya juga cuba untuk hasilkan filem pelbagai genre sesuai dengan kehendak masyarakat. Walaupun Spilt Gravy sebelum ini berbahasa Inggeris, tetapi jalan ceritanya berlatar belakangkan kisah yang terjadi dalam kehidupan kita semua,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain