suria

Selepas menang trofi FFM32, Jaa Suzuran mahu buat badan dan masuk kelas lakonan

Trofi FFM32 beri semangat buat Jaa.

KEJAYAAN merangkul trofi Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) menaikkan semangat Jaa Suzuran kembali aktif berlakon setelah sekian lama berehat.

Kata Jaa, 27, dia juga berazam mengambil inisiatif mengikuti kelas lakonan supaya dapat memperbaiki mutu lakonannya pada masa hadapan.

“Anugerah ini sebenarnya memberi harapan besar untuk saya. Setelah lama berehat ia bagai satu tanda untuk saya kembali dan memperbaiki mutu lakonan.

jaa 3

Lakonan Jaa dalam Autumn In Wales diiktiraf di FFM32.

“Semestinya saya akan mengikuti kelas lakonan. Tak mahu berada di takuk sama sahaja sebab kalau serius perlulah lakonan bermutu,” katanya kepada mStar.

Jaa ditemui selepas majlis FFM32 yang berlangsung di Encore Theatre, Melaka pada malam Jumaat.

Tidak hanya kelas lakonan, Jaa juga sedang berusaha mendapatkan bentuk badan sasa ekoran sedar persaingan dan permintaan semasa sekiranya ingin menjadi hero dalam drama atau filem.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Spilt Gravy’ Filem Terbaik FFM32 raih 7 anugerah, ketepikan Mat Kilau

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal hidup terlalu selesa, Jaa Suzuran nak bina semula nama... Rindu kembali ke konti radio

Bagaimanapun kata Jaa, itu bukanlah tiket untuk dia menayang badan sebaliknya tetap menjaga batas dan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan tubuh.

“Kalau sekarang anda tengok berat badan saya mungkin 50 kilogram, tunggu nanti. Saya dah ada personal trainer untuk buat badan. Penampilan juga perlu jaga.

Kalau nak fokus berlakon, ada benda kena tolak tepi dulu

JAA SUZURAN

PENGACARA/PELAKON

“Tapi nanti saya tak mahulah buka baju tayang badan kepada umum. Ada batas kena jaga,” jelasnya.

Tambah bekas penyampai radio Era FM ini, dia terpaksa melupakan seketika niat kembali aktif dalam dunia pengacaraan bagi memberi fokus kepada lakonan dan permainan e-sport selepas ini.

jaa 1

Jaa mahu aktif sebagai pelakon.

“Kalau nak fokus berlakon, ada benda kena tolak tepi dulu. Jadi impian sebagai pengacara dan penyampai radio saya tangguhkan buat seketika.

“Saya juga akan terus aktif dengan permainan atas talian seperti yang saya buat sekarang ini,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain