suria

[V] Da'i Syed sah bergelar suami Hana Ismail dengan sekali lafaz, akad nikah dalam bahasa Arab

PENDAKWAH selebriti Da'i Syed sah bergelar suami kepada personaliti TV, Hana Ismail dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung di Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur dan pasangan itu disatukan kira-kira pukul 11.40 pagi.

Syed, 27, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Majid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur iaitu Mohd Nazri Yacob.

Menariknya, pengantin lelaki dinikahkan menggunakan bahasa Arab.

WhatsApp Image 2022-12-03 at 12.07.33 PM

Syed dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan.

Pada majlis tersebut, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas kepada pengantin perempuan.

Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed kini tunang Hana Ismail, Umie Aida pesan jaga amanah dengan baik

ARTIKEL BERKAITAN: [V]“Semua berlaku dengan pantas” - Da'i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail, nikah dalam masa terdekat

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Syed ketika ditemui bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain tidak menyangka hari yang dinantikan menjadi kenyataan.

"Syukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan perjalanan majlis.

WhatsApp Image 2022-12-03 at 12.07.44 PM

Hana ketika hadir ke Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur.

"Memang berdebar menjelang hari pernikahan tetapi pastinya, saya amat gembira kerana kini sah bergelar suami," katanya.

Dalam pada itu, pasangan pengantin akan diraikan dalam majlis kenduri yang akan diadakan di Shah Alam pada sebelah malam.

Terdahulu, Syed dan Hana mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu di kediaman personaliti TV itu di Johor Bahru.

Pasangan itu berkenalan ketika menghadiri sebuah majlis agama dan mengambil keputusan melangkah ke fasa seterusnya walaupun tempoh perkenalan mereka singkat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain