suria

[V]“Semua berlaku dengan pantas” - Da'i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail, nikah dalam masa terdekat

PENDAKWAH selebriti Da'i Syed mengesahkan sudah mengikut tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Hana Ismail yang merupakan personaliti TV Al Hijrah.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, berkata, majlis tersebut berlangsung pada 23 Oktober lalu di kediaman keluarga Hana di Johor Bahru, Johor.

"Alhamdulillah majlis berkenaan berjalan lancar di rumah Hana. Syukur segalanya dipermudahkan.

syed 12

Syed luah rasa syukur hubungan dengan Hana dipermudahkan.

"Semua berlaku dengan pantas. Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini," katanya kepada mStar.

Pada malam Rabu, pelakon Datin Seri Umie Aida berkongsi majlis pasangan berkenaan di Instagram miliknya sekaligus mendedahkan status sebenar hubungan Syed dan Hana yang dikhabarkan sudah bertunang.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed kini tunang Hana Ismail, Umie Aida pesan jaga amanah dengan baik

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia berkahwin... Da’i Syed jawab status hubungan dengan pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail

Dalam pada itu, Syed turut memaklumkan mereka akan disatukan sebagai suami isteri dalam masa terdekat namun belum bersedia berkongsi tarikh sebenar pernikahan.

"Insya Allah, tarikh perkahwinan kami sudah dekat. Nanti saya akan kongsi.

Kami mendapat doa orang-orang yang baik untuk hubungan ini.

DA'I SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

"Majlis kami nanti akan berlangsung di Kuala Lumpur. Nikah dan kenduri pada hari sama," jelasnya.

Syed dalam satu temu bual sebelum ini mendedahkan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga enggan bercerita lanjut mengenai hubungan mereka.

Ketika itu, pendakwah berkenaan hanya memaklumkan majlis tersebut hanyalah pertemuan keluarga selepas dua minggu berkenalan rapat dengan Hana.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain