suria

Siti Saleha sudah temui pengganti, jejaka ‘mix’ jadi pilihan hati 

Siti Saleha sedang berkenalan dengan jejaka kacukan.

SELEPAS 10 bulan bercerai, pelakon Siti Saleha sudah menemui pengganti dan sedang berkawan rapat dengan seorang jejak berdarah kacukan sepertinya.

Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharum, 32, bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai lelaki berkenaan dan akan berkongsi di Instagram sekiranya ada perkembangan lanjut.

"Nanti saya kongsi di Instagram saya, bila saya sedia. Tiada apa yang serius, dia lelaki yang baik.

"Kami mempunyai persamaan, kita mix... kita orang putih," katanya kepada mStar.

Siti Saleha akui berkawan rapat dengan seseorang.

Saleha berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana dua episod drama bersiri Hilang yang bakal disiarkan di platform Viu.

Dalam pada itu, Saleh mengaku kenalan terdekatnya sudah mengetahui hubungannya dengan jejaka tersebut meskipun tidak berkongsi mengenainya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa watak wanita ada masalah rumah tangga, Siti Saleha akui ada terkait kisah peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Saleha sah bercerai talak satu

Secara berseloroh, Saleh turut memaklumkan jejaka berkenaan turut menemaninya ketika tayangan perdana Hilang yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

"Saya rasa orang sekelilng tahu walaupun saya tidak berkongsi gambarnya. Bila-bila masa nanti saya tunjuk wajahnya," ujarnya.

Untuk rekod, Saleh bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada 22 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor.

Pasangan itu berkahwin pada 28 Julai 2017 namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Saleha memberitahu dalam siri Viu Original berkenaan, dia memegang watak sebagai Wangi yang memiliki masalah penglihatan selepas berlaku satu kejadian di dalam hutan.

Saleha bawa watak sebagai Wangi dalam drama bersiri Hilang.

Saleha menjelaskan bagi menjiwai watak tersebut di turut pergi ke pusat mengurut kaki kerana ingin mendalami individu dengan masalah penglihatan.

Selain Saleh, drama bersiri Hilang turut dilakonkan oleh Khir Rahman, Aqasha, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama ini bakal ditayangkan di Viu bermula 17 November 2022.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain