suria

Air melimpah dalam rumah, nyaris pokok kelapa tak hempap kediaman ibu bapa Reen Rahim

Reen Rahim sedih tak sempat renovate rumah ibu bapa.

HATI Reen Rahim luluh apabila melihat keadaan rumah ibu bapanya yang bocor dilimpahi air selain pokok kepala di halaman rumah tumbang akibat angin kuat.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menaik taraf rumah tersebut namun tidak menyangka kejadian itu menimpa keluarganya.

"Allahuakbar, hancurnya hati... niat tahun ini memang simpan duit sebab nak renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ini," katanya.

Reen berkongsi mengenai keadaan rumah ibu bapanya di Instagram pada Khamis.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat air menitis memasuki rumahnya di beberapa bahagian seperti ruang tamu dan dapur.

Tidak hanya itu, rumah ibu bapa pelakon berkenaan juga hampor dihempap pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya tak rancang, Reen Rahim terbuka hati saat akhir ikut ibu bapa tunai umrah... Doa dapat beri keluarga hidup senang

ARTIKEL BERKAITAN: “Aib... pipi pun tak habis cengkung lagi! ” - Reen Rahim malu tengok diri sendiri

Dalam pada itu, Reen memberitahu kejadian tersebut akan membuatkan dia berazam untuk bekerja lebih keras bagi mengumpul wang membaiki rumah tersebut.

"Sudah tertulis jadi macam ini, mungkin ini buatkan saya lagi nak kerja kuat simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan abah kuat okay.

"Patut hari ini Reen bawa mereka jalan-jalan tapi confirm balik ni Reen kena 'bersilat' kemas rumah," katanya lagi.

Reen Rahim bersama ibu bapanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dan simpati peminat yang mendoakan agar urusan keluarganya tersebut dipermudahkan.

"Allah uji, Allah sayang... semoga Reen sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

"Tidak mengapa Reen. Nanti Allah buka jalan rezeki untuk dapat lebih baik. Allah nak bagi lagi, dia akan bagi ujian lain dulu," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain