suria

[V] Jarak usia 9 tahun buat Hana Ismail ragu-ragu, seminggu solat istikharah sebelum setuju kahwin Da'i Syed

PERSONALITI TV Hana Ismail mendedahkan pendakwah selebriti Da'i Syed tidak memiliki ciri-ciri lelaki idamannya malah pernah berasa ragu apabila mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Hana atau Nurul Hana Ismail, 36, berkata, bagi mendapatkan jawapan, dia melakukan solat istikharah selama seminggu bagi meminta petunjuk daripada Allah SWT dan akhirnya yakin Syed adalah pilihan tepat.

Malah kata Hana, perbezaan usia sembilan tahun di antara mereka turut membuatkan dia berhati-hati sebelum membuat keputusan namun bersyukur jodoh di antara mereka kuat dan dipermudahkan.

"Bagi yang mengenali saya, Syed is not really my type, tetapi Alhamdulillah selepas sesi perkenalan kami, kemudian saya buat solat istikharah selama seminggu, dapat jawapan untuk berkahwin dengannya.

WhatsApp Image 2022-12-03 at 12.11.18 PM

Pasangan ini bakal berbulan madu di kota suci Makkah.

"Umum juga mengetahui perbezaan umur kami agak jauh iaitu sembilan tahun dan perkara itu turut menjadi pertimbangan saya namun Alhamdulillah sampai jodoh kami berdua," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, dan Hana selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismal Dahwan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur, Mohd Nazri Yacob.

ARTIKEL BERKAITAN: Da'i Syed sah bergelar suami Hana Ismail dengan sekali lafaz, akad nikah dalam bahasa Arab

ARTIKEL BERKAITAN: [V]“Semua berlaku dengan pantas” - Da'i Syed hitung hari bergelar suami Hana Ismail, nikah dalam masa terdekat

Pada majlis tersebut, Syed turut menyerahkan seutas gelang emas sebagai mas kahwin namun merahsiakan jumlah wang hantaran kepada Hana.

Dalam pada itu, Syed pula memberitahu, jarak usia bukan penghalang malah kagum dengan keperibadian Hana sehingga membuatnya tertarik dan mahu menyuntingnya sebagai isteri.

"Budi bahasanya sangat tinggi malah dia antara orang yang suka pergi ke majlis ilmu... kesempurnaan dia sedikit sebanyak melengkapkan kekurangan saya.

Saya buat solat istikarah selama seminggu, dapat jawapan untuk berkahwin dengannya.

HANA ISMAIL

ISTERI DA'I SYED

"Rasulullah SAW dan isteri baginda juga mempunyai perbezaan usia, jadi itu bukan masalah malah saya jadikan sebagai contoh.

"Pada awalnya saya sendiri tak sangka usianya 36 tahun malah ingatkan dia sebaya sebab wajahnya nampak cantik dan tidak menggambarkan umur sebenar," jelasnya.

Sementara itu, Syed memberitahu bakal membawa Hana mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun depan sebagai bulan madu mereka.

Syed berkata, selepas selesai ke kota suci Makkah, mereka akan menghabiskan masa di Mesir sambil membawa Hana bertemu bapanya yang menetap di negara tersebut.

"Insya Allah jika tiada halangan kami akan mengerjakan umrah serta berkunjung ke Mesir untuk bertemu dengan bapa saya yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami.

WhatsApp Image 2022-12-03 at 2.07.08 PM

Syed dan Hana memeluk ibu masing-masing selepas sah bergelar suami isteri.

"Saya juga merancang untuk bawa isteri bertemu dengan saudara mara yang lain di Mesir," katanya.

Tambahnya, mereka terlebih dahulu akan berbulan madu di Sabah sambil menemani Hana yang mempunyai urusan kerja di sana.

Mengulas mengenai soal anak, pasangan ini sepakat meletakkan perkara itu kepada rezeki namun berharap dapat memulakan sebuah keluarga dengan kehadiran cahaya mata.

"Atas perbincangan bersama, jika diizinkan kami mahu anak secepat yang mungkin tetapi pada akhirnya ia terletak kepada rezeki, Insya Allah," katanya.

Untuk rekod, pasangan ini mengejutkan peminat apabila mengikat tali pertunangan pada 28 Oktober lalu di kediaman Hana di Johor Bahru.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain