suria

Guna audio ‘pontianak’ kerana ikut trend, netizen nasihatkan Bella Astillah bimbang anak-anak jadi penakut

Bella Astillah memuat naik video anaknya di TikTok yang mengundang kecaman peminat.

SETIAP apa yang berlaku di media sosial sering menjadi ikutan masyarakat termasuk golongan selebriti terutama melibatkan trend semasa.

Tidak terkecuali penyanyi, Bella Astillah yang turut melakukan perkara sama dengan memainkan audio seram bunyi pontianak menggilai sambil membiarkan dua anaknya Ayden Adrean dan Ara Adreanna di dalam sebuah bilik.

Perkara tersebut lantas menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatannya itu keterlaluan dan tidak wajar dilakukan sebagai ibu bapa.

"Janganlah sebarangan menakutkan budak-budak takut terkena demam panas.

Tangkap layar komen peminat yang mengkritik perbuatan Bella sengaja menakutkan anaknya.

Tangkap layar komen peminat yang mengkritik perbuatan Bella sengaja menakutkan anaknya.

"Jangan takutkan anak-anak kecil macam ini. Dia akan membesar dengan trust issues (kepercayaan) kepada parents (ibu bapa) sendiri.

"Jangan takutkan budak-budak nanti kita yang susah. Kasihan si abang," kata netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah lalui fasa keretakan rumah tangga, Aliff Aziz dan Bella Astilah kongsi rasa bahagia dalam lagu

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya trend sampah! Prank kurung anak, takutkan dengan audio pontianak mengilai tinggalkan parut emosi buat si kecil

Tidak hanya itu, pengguna media sosial turut meminta agar perbuatan menakutkan anak-anak dengan video dan audio seram dihentikan kerana bimbang akan membuatkan kanak-kanak kurang berkeyakinan.

Sebahagian tangkap layar kritikan peminat.

Sebahagian tangkap layar kritikan peminat.

"Dulu mak saya tidak ajar, tapi saya dah tua pun tetap takut hantu. Ada ke orang tak takut hantu.

"Sebab saya tidak pernah jumpa hantu. Takut buat-buat macam ini nak suruh anak pergi ke dapur, tolong pun takut," tulis netizen di TikTok.

Bella memuat naik video tersebut di TikTok sejak Ahad mendapat 87,000 tanda suka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain