suria

Jangan ‘pukul rata’ artis hanya buat kerja maksiat, ramai juga aktif kejar akhirat

Sebahagian selebriti tanah air yang berkumpul untuk majlis ilmu di kediaman pelakon dan penyanyi Linda Rafar.

SEJAK kebelakangan ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pelbagai isu dan kontroversi seperti dakwaan penularan video seks, tudung 'terbang', tarian gelek melampau dan aksi berpeluk sakan antara pelakon lelaki dan wanita yang sudah berkahwin.

Isu dan kontroversi seperti ini sedikit sebanyak telah mencalarkan industri hiburan tempatan serta imej selebriti yang terkena tempias dek tindakan segelintir daripada mereka.

Pun begitu, di sebalik berita kurang enak berkenaan, masih ada perkara yang boleh dibanggakan tentang selebriti tempatan dan mendapat pujian netizen yang disifatkan dapat menjadi contoh kepada masyarakat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh aktres Datin Lisa Surihani di Instagram, rata-rata memuji sikapnya yang bukan sahaja dilihat menjalani kehidupan low-profile tetapi sering terlibat dalam aktiviti keagamaan.

Untitled design (10)

Lisa antara selebriti yang rajin menghadiri majlis usrah.

Perkongsian itu secara tidak langsung memberikan gambaran berbeza peminat terhadap golongan artis yang ada di antaranya masih berpegang kepada ajaran agama yang kuat.

"Terasa sebak la tengok 'taman-taman' syurga.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah bimbang kerjaya lakonan terjejas, Ummi Nazeera yakinkan Aishah Azman teruskan niat bertudung

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak ayu dan manis, pesilat Kristian jawab sebab bertudung... Mahu tampil sopan, jaga adab wanita Melayu dalam gelanggang

"Masya-Allah seronoknya, boleh ke kami yang bukan artis turut serta kelas usrah bersama-sama dengan kalian? Teringin sangat nak sertai kelas usrah seperti ini.

Turut menjadi perhatian adalah penganjuran kelas agama dan ceramah bersama Ustaz Wadi Anuar yang diadakan oleh penyanyi Linda Rafar dan suami, Syed Aiman yang turut disertai oleh ramai selebriti tempatan seperti Datuk Nora, Izara Aishah, Neelofa, Datuk Ziela Jalil, Azza Elite, Datin Seri Nur Heliza Helmi, Erra Fazira, Liza Abdullah, Lisdawati, Betty Benafe dan sebagainya.

Untitled design (13)

Tangkap layar pujian dan doa pengguna media sosial agar selebriti yang hadir kekal istiqomah dalam melakukan perkara baik.

Sebelum ini juga, Neelofa pernah mengadakan majlis ilmu sama yang turut disertai oleh ramai rakan-rakan selebriti.

"Beruntungnya jadi mereka. Allah pilih kalian semoga terpelihara hati dan amalan. Semoga kita semua diberikan hidayah Allah.

"Seronok tengok ukhwah sesama mereka, semoga berkekalan... Amin," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain