suria

Nampak ayu dan manis, pesilat Kristian jawab sebab bertudung... Mahu tampil sopan, jaga adab wanita Melayu dalam gelanggang

Merrywati berkata dia memakai tudung untuk tampil sopan ketika pertandingan.

KEMUNCULAN pesilat negara Merrywati Manuil yang mengenakan tudung ketika beraksi di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 ternyata mencuri tumpuan ramai.

Menurut gadis beragama Kristian itu, dia ada sebab tersendiri untuk tampil bertudung ketika beraksi dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka.

"Ramai yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.

pesilat 3

Merrywati merupakan antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu.

"Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.

"Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu beragama Islam tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan," ujarnya.

Menurut Merrywati lagi, dia tidak pernah dipaksa mana-mana pihak untuk menggayakan tudung sebaliknya ia dilakukan secara rela hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru usia 4 tahun dah lincah bersilat, bapa mahu adik Zahirul jadi pesilat negara

ARTIKEL BERKAITAN: Menyayat hati Syed Saddiq tenangkan pesilat negara: "Jangan sesekali minta maaf, saya tidak akan terima"

"Semestinya tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.

"Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Jangan serius bah kita-kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom," ujarnya.

Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan.

MERRYWATI MANUIL

Perkongsian Merrywati di laman Facebook mengudang pelbagai reaksi di media sosial yang mana rata-rata netizen memberikan pujian atas keputusannya itu.

"Syabas dan tahniah, terima kasih. Memelihara peradaban dan kesopanan yang ditampilkan sebagai wadah kesinambungan berkarya dalam persilatan.

"Harap-harap ada 'wanita Melayu' yang baca coretan ni. Tahniah dan syabas.

pesilat 2

Ramai netizen memuji Merrywati yang manis menggayakan tudung ketika beraksi di kejohanan itu.

"Terima kasih sebab ada nasihat tudung wajib untuk mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu.

"Terbaik mandak mengharumkan nama negara dan membawa gembira kepada seluruh kaum Murut," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Merrywati merupakan antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu yang mana ia berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain