suria

“Vape tu dah tak function” - Lelaki suap rokok elektronik ke mulut bayi mohon maaf, sudah jumpa polis di balai

polis-terima-6-laporan-salah-laku-seks-pendakwah-selebriti-reman-terhadap-dai-syed-bakal-disambung-sensasi-mstar_5fc53aad1b82d-678x381
1 / 2
Lelaki dikenali sebagai Haikal tampil memohn maaf berhubung video tular itu.
2 / 2

MEDIA sosial kecoh pada Sabtu apabila tularnya satu rakaman memaparkan seorang bayi disuap dengan rokok elektronik jenis vape.

Tindakan lelaki dan wanita dalam video itu bukan sahaja mengundang kemarahan netizen, malah turut mendapat perhatian pengamal perubatan yang mahu pelaku dikenakan tindakan tegas.

Dalam perkembangan terbaharu, lelaki dikenali sebagai Haikal itu tampil membuat penjelasan sambil memaklumkan bahawa dia sudah ke balai polis untuk memberi keterangan berhubung kes tular berkenaan.

"Saya Haikal nak maklumkan berkaitan video yang viral baru-baru ni, kami dah pergi ke balai polis untuk betulkan banyak statement yang tak betul.

"Yang betul adalah salah saya sendiri letak vape dekat mulut bayi tu, vape tu dah tak function. Dia memang selalu buat main. Pihak polis dah ambil statement," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki suap vape pada bayi, kedengaran suara wanita ketawa kecil sambil rakam video - “Pecah rekod nanti you sedut”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita, anak nurse terkesan tengok derita penghisap vape! Konon nak ‘lari’ dari rokok, akhirnya paru-paru kena tebuk

Menerusi perkongsian di Instagram Story, dia turut memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

Dalam posting itu, dia turut membuat penafian mengenai statusnya yang didakwa sebagai bapa kepada bayi berkenaan.

Salah saya sendiri letak vape dekat mulut bayi tu... tapi vape tu dah tak function.

HAIKAL

"Tak boleh menafikan, salah saya, salah kami, dan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua.

"Lepas tu yang kata saya bapa kepada budak tersebut itu salah. Saya bukan bapa dia. Sebagai wakil, kami lagi sekali minta maaf," ujarnya.

polis-terima-6-laporan-salah-laku-seks-pendakwah-selebriti-reman-terhadap-dai-syed-bakal-disambung-sensasi-mstar_5fc53aad1b82d-678x381

Kata Haikal, dia telah memberi keterangan kepada polis berhubung video tular itu. (Gambar Hiasan)

Sabtu lalu, video daripada Instagram Story seorang wanita, memaparkan bayi yang disuap dengan vape disebarkan secara meluas ke laman Twitter.

Dalam video itu, lelaki berkenaan menyuap vape pada mulut bayi sambil dirakam oleh seorang wanita.

Menurut seorang netizen, wanita itu dikatakan ibu saudara kepada bayi itu manakala lelaki berkenaan merupakan teman lelakinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain